in , ,

Uyaina Arshad Dapat Wang Tunai Daripada Raja Permaisuri Agong

Pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen indah apabila menerima hadiah wang daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika lawatan Seri Paduka Baginda di Media Prima semalam.

UYAINA ARSHAD

Menerusi perkongsian di X, Uyaina Arshad berkata Raja Permaisuri Agong berkenan memberikan wang tunai kepadanya selepas mengetahui dirinya sedang hamil.

“Wehhhh Raja Permaisuri Agong bagi I duit sebab mengandung. But bukan untuk I laaaa. Untuk baby. Nak simpan lah duit ni. Jadikan ibu duit supaya duit baby I boleh beranak pinak,”

– Uyaina Arshad

Perkongsian Uyaina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan bertuah bayi Uyaina dapat rezeki daripada Permaisuri Agong.

Dalam pada itu, rata-rata memuji Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sememangnya berjiwa rakyat dan disayangi ramai.

Sementara itu, ada netizen mengatakan Permaisuri Agong sangat prihatin terhadap ibu yang sedang mengandung. 

Malah, baginda pernah melalui kepayahan 16 kali melakukan rawatan in vitro fertilisation (IVF) untuk mendapatkan zuriat serta memahami perasaan ibu mengandung.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anda Boleh Buat Pra Tempah Siri Samsung Galaxy S24 Anda Hari Ini!

tony fernandes airasia-2020

Cerapan tentang Aliran Tempahan Hotel airasia MOVE Pada Tahun 2023