in , ,

Ustaz Kazim Dikecam Setelah Umum Bakal Bertanding Mewakili Parti BN

Pendakwah bebas, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias menjadi bualan ramai selepas diumumkan bakal bertanding mewakili  Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Larut.

Walaubagaimanapun, menerusi laporan Berita Harian, beliau mengumumkan telah menarik diri daripada bertanding dan akan digantikan dengan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

Nama pendakwah terkenal itu menjadi bualan di media sosial termasuklah laman Twitter. Rata-rata netizen mempertikaikan Ustaz Kazim yang sebelum ini pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatannya yang menghidap penyakit misteri.

“Ehh. Bukan Sakit ke? Jin yang kacau haritu auto disable ke bila jadi calon ni?.”

“Allahuakbar . Lebih baik Ustaz Kazim ni berehat dan lebih tumpukan pada kerja-kerja agama dari mencampuri urusan politik yang kotor ni.”

“Ustaz Kazim Elias dah buka topeng dia, Ustazah Asma Harun bila pulak, Ebit Lew lagi.”

“Semoga Kutukan Cercaan Hinaan…”

Dalam pada itu, Ustaz Kazim menerusi hantaran di Instagram dilihat menitipkan doa agar segala cercaan yang dilemparkan padanya bertukar menjadi pahala.

“Semoga kutukan cercaan hinaan bertukar menjadi pahala. Terima kasih. Sayangilah pahala anda.”-Tulis Ustaz Kazim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

AirAsia X Sambung Semula Operasi ke Melbourne, Tiket Bermula RM1,399

TAPAU FEST

Santai Healing! Serumpun Berpesta di Tapaufest 2022, Tasik Raban Menjadi Saksi