in , ,

Awesome TV Siar Liputan Khas ‘Penamaan Calon’ Pada Malam Ini

Awesome TV Siar Liputan Khas ‘Penamaan Calon’ Malam Ini Pengumuman senarai penuh calon mewakili parti BN & PN yang bertanding untuk PRU-15 akan dibuat secara serentak dari 2 buah lokasi di ibu negara.

Saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV dengan berbesar hati bakal membawakan laporan lintas langsung di sekitar majlis pengumuman rasmi senarai penuh calon akhir yang akan dibuat oleh parti gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) secara serentak dari dua lokasi berlainan di ibu negara.

Liputan istimewa ‘Pengumuman Calon Barisan Nasional’ yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan disiarkan bermula jam 8.30 malam. Manakala liputan ‘Pengumuman Calon Perikatan Nasional’ pula akan bersiaran pada jam 11.30 malam menerusi platform Awesome TV di saluran Astro 123 dan MyTV 112. 

Liputan Langsung Pengumuman Calon BN dan PN

BN akan mengumumkan calon mereka pada majlis yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang akan dibuat oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam masa yang sama, sesi penamaan calon untuk PN pula dijangka akan dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)

Pengumuman tersebut sekaligus bakal menamatkan segala spekulasi dan desas-desus politik mengenai senarai muktamad yang bakal bertanding di 222 buah kerusi Parlimen untuk penggal baharu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Anugerah Cholan Film Festival 2022 Umum Barisan Senarai Juri

ONE REPUBLIC

Onerepublic, Kalush Orchestra & Äyanna To Perform at MTV EMAS 2022