in ,

Kontroversi Kuota VIP Solat Jumaat, Netizan Lancar Satu Kempen

Masalah jemaah tidak dapat menunaikan solat Jumaat sebagaimana berlaku di Masjid Putra Jumaat lalu tidak akan berlaku sekiranya pihak tertentu melaksanakan cadangan yang diberikan UMNO.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beberapa kali mencadangkan agar solat Jumaat dibenarkan di dewan atau surau yang banyak tersedia di sesebuah kawasan.

Bagaimanapun, katanya, pihak terbabit memilih untuk menimbulkan kontroversi dengan masyarakat apabila masih mengehadkan kehadiran jemaah di sesebuah masjid mengikut SOP ditetapkan.

Kontroversi Kuota VIP Solat Jumaat, Netizan Lancar Satu Kempen

“Umat Islam yang menonton rakaman video berhubung dakwaan layanan berbeza kepada jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid Jumaat lalu pasti terasa hati. Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa juga.

“Antara rungutan yang kita boleh dengari dengan jelas dalam rakaman video itu “mahu solat pun perlu guna kabel”. VIP dibenarkan menunaikan solat Jumaat, tetapi orang biasa dilarang.

“Namun, inilah keadaan yang mahu dielakkan semasa saya mencadangkan agar solat Jumaat dibenarkan di dewan atau surau yang banyak tersedia di sesebuah kawasan,” katanya menerusi hantaran Facebooknya.

Kontroversi Kuota VIP Solat Jumaat, Netizan Lancar Satu Kempen

Zahid Dakwa UMNO Dah Bagi Cadangan Sebelum Ini

Pada Jumaat lalu, tular satu video yang menunjukkan puluhan jemaah tidak dibenarkan masuk ke Masjid Putra di Putrajaya untuk menunaikan solat Jumaat dengan pihak masjid menutup pintu pagar utama.

Bagaimanapun, pada masa sama, datang seorang VIP bersama pengawal pengiringnya terus memasuki masjid berkenaan tanpa menghiraukan rungutan jemaah sekeliling.

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu, kontroversi berkenaan dijawab pohak pengurusan masjid dengan alasan, kapasiti 300 jemaah telah penuh.

Sedangkan, katanya, individu (VIP) yang datang kemudian dibenarkan masuk kerana telah mendaftar lebihawal.

Menurut beliau, cadangannya sebelum ini adalah bertujuan supaya umat Islam negara ini mempunyai lebih banyak lokasi pilihan untuk menunaikan solat Jumaat di kawasan masing-masing semasa pandemik mahupun endemik.

“Ini sekali gus memberi peluang kepada setiap umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat dengan mematuhi garis panduan dan ditetapkan.

“Dalam keadaan ramai individu dewasa Malaysia dilaporkan telah lengkap dua dos suntikan vaksin, saya fikir cadangan itu mungkin lebih wajar untuk dipertimbangkan pada waktu ini,” katanya.

Sumber: MalaysiaGazette

Kontroversi Kuota VIP Solat Jumaat, Netizan Lancar Satu Kempen

Isu Kuota VIP Solat Jumaat, Sekali Netizan Lancar Satu Kempen

Warganet melancarkan kempen Hapus Saf VIP berikutan tularnya video di Masjid Putra di mana VIP yang datang lewat untuk solat jumaat tetapi dibenarkan masuk.

Hantaran poster kempen itu yang dimulakan oleh seorang pengguna facebook, Fadzlan Rizan Johani, setakat ini mendapat 1200 tanda suka dan 5,800 perkongsian.

Dihubungi Buletin TTKM, Fadzlan berkata isu saf khas untuk VIP ini sudah lama berlaku, malah sebelum pandemik covid-19 melanda negara lagi.

Tambahnya lagi, budaya memperuntukkan kedudukan saf dan giliran VIP untuk bersolat jemaah di masjid wajar dihapuskan sambil mengulangi niatnya bukan untuk menyusahkan atau mengecam pengurusan masjid.

Malah dengan menghapuskan budaya ini, katanya pengurusan masjid tak perlu lagi bersusah menyediakan protokol VIP atau disalahgunakan oleh orang lain untuk dapat tempat dengan VVIP

“Kembalikan hak kepada mereka yang terlebih dahulu berusaha datang awal. Jangan mencuri giliran mereka untuk mendapatkan saf pertama. Takkanlah dalam beribadat pun nak mencuri” katanya.

Semalam, mantan mufti perlis, Datuk Dr Juanda Jaya berkata tiada istilah VIP dalam agama Islam di rumah Allah dan menyifatkan perkara itu amat tidak wajar dilakukan oleh mana-mana masjid.

“Sewajarnya dipraktikkan ‘first come, first serve’. Ketika masjid dibuka, berikan kad kuota pada setiap jemaah, apabila kad kuota tersebut habis, barulah pintu masjid ditutup.”

Katanya lagi, mana-mana jemaah yang mahu solat di luar masjid, perkara itu haruslah dibenarkan.

“Nasihatkan mereka supaya mematuhi SOP penjarakan sosial. Amat tidak islamik sekiranya menghalau orang daripada solat walaupun di luar pintu masjid. Masjid itu rumah Allah, milik semua umat Islam. Perkara ini jelas dilarang Quran dan hadis Nabi. ” katanya lagi.

Tambahnya, masjid yang bersaiz besar seharusnya mewajarkan sekurang-kurangnya kapasiti sebanyak 50% atau 75% di beranda masjid dengan syarat membawa sejadah sendiri.

“Kalau ikutkan KKM, ia amat selamat dari solat di ruang utama. ini kerana di luar sistem pengudaraannya cukup baik sebab ianya terbuka”,

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Buletin TTKM sebentar tadi sebagai mengulas kenyataan imam besar masjid Putrajaya yang mengesahkan kuota 10% diperuntukkan kepada VIP untuk solat jumaat.

Pada perkembangan yang sama, video secara langsung imam besar masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim di akaun facebooknya didapati tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan.

Pada video itu, Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim mendoakan pihak terbabit supaya diberi hidayah oleh Allah dan bertemu dengan beliau untuk meminta maaf.

“Dia (jemaah) dah lambat, dia tak nak balik, dia duduk depan pagar tu, dia duduk macam tu “Bagi lah bagi lah masuk, bagi lah masuk” Eh siapa nak masuk kau ingat apa? Lepas tu ambil gambar . Ha itulah perangai orang kita. Saya nak cakap saya tak redha benda tu. Saya doakan supaya orang yang buat ini dapat hidayah Allah. Tapi kena datang jumpa saya dahulu, minta maaf.”

Ustaz Ikmal Zaidi bin Hashim
-Buletin TTKM-

Netizan juga musykil jika VIP tersebut ada scan my sejahtera atau tidak kerana melalui video yang tular, dia terus meluru masuk ke masjid.

Dalam pada itu, Ustazah Asma berkongsi bahwa mereka yang bseungguh untuk beratur solat Jumaat tapi tak dapat masuk, InsyaAllah pahala akan di kira

“Kepada yang dah usaha & beratur namun masih tak dapat solat jumaat, insyaAllah peluh yang menitik jadi saksi di Mahsyar kelak & kalian tetap dikira dan diberi pahala umpama solat jumaat  Allah Maha Melihat”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fall In Love with Galaxy Z Flip3 5G: Here Are Reasons It’ll Make You Swoon

Perempuan Yang Curang, Lelaki Pula Buat Video Minta Maaf?