in , ,

Ulasan Filem ALLIED dari Kaca Mata Penonton Premiere With Budiey

Semalam telah berlangsung Premiere With Budiey menonton sebuah filem romantik lakonan Brad Pitt lakonan ALLIED. Terima kasih kepada semua yang hadir. Jom kita baca ulasan dari penonton.

Dzeng Toi

Ulasan FIlem Allied

Sebuah naskah mengenai cinta empat penjuru yang setiap satu darinya memerlukan pengorbanan yang tidak terperi dan tidak ada tolak bandingnya.

CInta kepada negara yang menguji semangat patriotisme.

Cinta penuh nafsu antara dua kekasih yang penuh ghairah.

Cinta seorang suami kepada isterinya yang penuh kasih sayang

Cinta seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup mempertaruhkan nyawanya.

Berlatarbelakangkan era sebelum perang dunia kedua, filem ini terinspirasi dari segi nuansa dan tatagaya penuh teliti, klasik dan nostalgik dalam menemukan dua insan yang terpaksa berperang dengan perasaan yang lebih agong dari perang yang sedia ada. Setnya sangat cantik dan penataan gaya pakaian nya sangat on-point segalanya di lakukan begitu tepat.

Tidak salah jika dikatakan filem yang membuka layar pada tahun 2017 ini adalah sekuat filem The Pianist, The Schindlers List, dan Life is Beautiful yang ketiga-tiganya telah memenangi Oscar bagi filem terbaik masing-masing. Mungkin satu petanda bahawa filem terbaik untuk tahun ini adalah kisah mengenai cinta yang tidak berbelah bagi ini.

Untuk review penuh spoiler, mungkin anda boleh membaca review lain, tapi apa yang ingin ditulis di sini adalah mengenai keagongan cinta yang disisipkan dengan perasaan kasih sayang dan ikhlas yang tulus.

Cinta yang akan menyebabkan seseorang hilang rasionaliti dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan perasaan itu.

Cinta adalah satu perasaan yang menyatukan dua insan dan walaupun pengertian cinta adalah berbeza dari katamata setiap orang, tetapi cinta adalah bila pengorbanan itu adalah sesuatu yang ikhlas. Tanpa pengorbanan cinta itu tiada mengandungi makna.

Filem ini adalah sebuah filem yang amat berat dan perlukan konsentrasi dan penelitian. Bermula agak perlahan namun progressnya menjadi semakin menghairahkan semakin lama durasinya dimainkan dan memberi pengertian mengapa peringkat awalnya begitu dirasakan masa itu terlalu perlahan geraknya.

Dan dalam era perang, aksi-aksi perang mesti ada dan memadai untuk mereka-mereka yang mempunyai kemampuan fokus yang pendek untuk kekal menumpukan perhatian.

Filem nya tidak kompleks, tidak memerlukan formula-formula sukar untuk difahami dan tidak memerlukan sesorang untuk mengolah pendapatnya yang tersendiri tentang apa yang terjadi. Filem ini kiranya di mata saya sangat indah, tetapi…

Ia tidak lah seindah yang saya sangka di penghujungnya.

[bagi sesiapa yang berjiwa sentimental, tissue mungkin diperlukan]

Mungkin jika perlu untuk mengkritik, saya merasa tidak puas melihat keintiman dan majis pengembangan perasaan antara Max Vaton dan Marianne Beausejour. Tapi lakonan Marion Cottilard sebagai Marrianne Beausejour adalah fantastic dan ada kelas yang tersendiri. Permainan emosinya memukau.

Biar saya akhiri disini untuk anda sendiri menilai kesudahan. Hanya satu yang mampu saya katakan, ia mengingatkan kembali dan mereflek semula maksud cinta yang kadang-kala adalah meruntunkan.
Sekian.

Saya beri 4.8 Bintang dari 5 Bintang,

Terima kasih kepada Budiey Isma dari www.budiey.com

untuk peluang menonton tayangan primier Filem Allied lakonan Brad Pitt dan Marion Cottilard arahan oleh Robert Zemeckis dan ditulis oleh Steven Knight

Kamal Rezuan

Allied

Setelah sekian lama,kali ini aku punya ruang utk bersama Budieyators menonton wayang.

So Allied sebuah filem yg mengambil kisah yg berlaku di sekitar 1942 ,masa WWII (katanya based on true story). Sesiapa yg da pernah tgk Mr & Mrs Smith, konsep tu lebih kurang tapi tak sama sangat. Haa..tak paham kan? So kome tengok la sendiri.

Aku memang drp dulu minat Brad Pitt.Walaupun aku tak berapa hafal filem2 dia,tapi if tgk ada dia,memang aku tgk cerita tu.Bukan sebab rupa ke ape,tp sebab method dan lakonan dia.Nampak agak poyo tapi lakonan dia memang make believe.Dahla jarang2 keluar filem lakonan dia,tv siries lagi lah..Orang2 sebeginila kita pilih sebagai idola kerna performance dia,bkn setiap org ko bergambar takde kena mengena dgn idop lagi plak profession ko,ko amik dia sbg idola! Nak mengipas je keja org kita ni,kerja malas! 😂

Anyway,cerita ini mengenai dua perisik yg kemudiannya nak naik kapal terbang tapi kipas tak hidup.Tak paham? Tengoklah..letihla nak cerita semua wehh…😒

Dari segi suggestion nk menampakkan zaman 40an,tak besar mana pun..Camtulah rambut dorang drp mula jumpa sampai da anak boleh berjalan.See,lepas korang tgk,u wont question those parts.Yes,mmg penting..tapi kalau kena logiknya..wouldnt be such a big deal.Yg penting content dan plot penceritaan.Mudah kerja..dan smart.

Dibawah pengarahan Robert Lee Zemeckis,pengarah yg pernah menghasilkan filem2 seperti Back to the future,Forrest Gum ini,cuba melarikan sedikit plot cerita ini agar penonton tidak begitu terikat dgn plot drp filem Mr & Mrs Smith sebelumnya.Sebab,automatik korang akan terbayang filem Smiths tu bila tgk dipermulaan filem ni.

Marion Cotillard sbg Marianne (Brad’s wife) seorang French actress byk jgk award minah ni pernah dpt.Dia juga pelakon dlm filem taxi (1998). Not bad,aku rasa kalau jd bond girl pun ok.cuma xbyk action and chicky act.Boleh nampak beza dia berubah personaliti tapi still in character undercover/perisik.(still xbesar pun suggestion dia dlm hal ni,but that was brilliant tho).

And menyatukan mereka in one film kali ini,sgt berkesan.Scene Brad menangis,takde beriya2 pun teresak2..thats how we do it actually…~

Thanks to budiey.
Saya bagi 4 out of 5 stars.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hotel Review Constance Belle Mare Plage Mauritius

Ulasan Filem ELOISE dari Kaca Mata Penonton Premiere With Budiey