in

Twitter Jihan Muse Timbul Kekeliruan Konsert Minggu Ke-4 Tiada Penyingkiran

Selesai konsert GEGAR VAGANXZA semalam, Jihan ada menulis dua twitter menyatakan sepatutnya tidak ada penyingkiran pada minggu konsert keempat.

Pada waktu yang sama selepas tamatnya konsert, pengacara bersama Gegar Vaganza 2016, Jihan Musa telah menulis di twitter beliau bahawa sepatutnya konsert minggu ini tidak akan ada penyingkiran tetapi berlaku oleh kerana Elly Mazlein menarik diri.

Twitter Jihan Muse Timbul Kekeliruan

Ditanya jika ada imuniti untuk Elly Mazlein kembali beraksi di pentas Gegar Vaganza, dengan airmata mengalir di pipi, beliau menggelengkan kepala.

“Cukuplah rezeki saya bersama Gegar Vaganza sampai di sini. Biarlah saya menyambung pekerjaan saya seperti biasa,” ujarnya tersedu-sedu.

Dalam nada sedih, Elly tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro yang memberikan beliau peluang untuk menyertai Gegar Vaganza musim ini.

Elly Mazlein berterima kasih kepada Astro kerana memberikan peluang beliau beraksi di Gegar Vaganza musim ketiga.

“Saya tidak marah pada Astro, malah berterima kasih dengan peluang yang diberikan. Saya juga tidak marah dengan Tok Ram, cuma sedikit rasa kecil hati.”

Elly Mazlein di antara peserta Gegar Vaganza 2016 yang mempunyai ramai penyokong, bukan sahaja di dalam Auditorium MBSA tetapi juga di laman sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook.

Twitter Jihan Muse Timbul Kekeliruan

Twitter Jihan Muse Timbul Kekeliruan

Twitter Jihan Muse Timbul Kekeliruan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Tonton Trailer Filem OFFICE CHRISTMAS PARTY

Gara-Gara Komen Pedas Tok Ram, Elly Mazlein Tarik Diri dari GEGAR VAGANZA