in , , ,

LoveLove CuteCute

Trending di Youtube, Najwa Latif Menampilkan Akwa Arifin Dalam Lagu TAK KISAH PUN

Najwa Latif merupakan seorang penyanyi, dan pencipta lagu Malaysia. Beliau mulai terkenal menerusi lagu-lagu ciptaan beliau yang diletakkan dalam sebuah laman video, YouTube. Beliau mencipta kejutan pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 26 apabila lagu beliau, Cinta Muka Buku layak ke pusingan Akhir Anugerah Juara Lagu 26.

Terdahulu, Najwa agak mendiamkan diri dari dunia seni kerana sibuk dengan penggajiannya. Najwa Latif bagi melengkapkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM), Oktober tahun lalu.

“Lega rasanya apabila impian belajar ke peringkat sarjana tercapai. Alhamdulillah, saya berjaya menyudahkannya,”

– Najwa
Najwa Latif Menampilkan Akwa Arifin Dalam Lagu TAK KISAH PUN

Pada awalnya, saya merancang mengeluarkan single baharu pada Januari lalu, tetapi disebabkan PKP, rancangan terpaksa ditunda. Tanpa dirancang, sekitar Mac lalu, saya mendapat idea menghasilkan lagu Tak Kisah Pun.

“Perjalanan dan pembikinan lagu ini sangat santai, semuanya dihasilkan dalam tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Sebenarnya, versi akustik lagu ini sudah muat naik di YouTube. Disebabkan ramai yang suka, kami setuju untuk merakamkannya.

Beliau kali ini menampilkan penyanyi rap baharu Akwa Arifin, tambah Najwa lagi beliau pada mulanya meminati karya karya Akwa di Youtube.

Lagu Tak Kisah Pun dihasilkan oleh Najwa dan adik beradik yang menggelarkan diri mereka sebagai Ellgee, manakala liriknya dihasilkan dengan kerjasama Akwa. Ia dikatakan berkisar mengenai menerima seseorang itu seadanya.

Najwa Latif Menampilkan Akwa Arifin Dalam Lagu TAK KISAH PUN

Kali terakhir Najwa mengeluarkan single adalah sekitar Ogos tahun lalu iaitu Kau Lupa Itu Aku, menurut Najwa lagi di amat teruja dengan single terbaharu ini tambahan pula ini merupakan produk sulung dari syarikat rakamannya sendiri NL Entertainment.

Selain itu, penyanyi yang mula popular dengan lagu Cinta Muka Buku itu, dia sibuk dengan kerjayanya sebagai pensyarah subjek Bahasa Inggeris di UNITAR International University. 

“Kini sudah lebih dua tahun saya mengajar. Jujurnya, saya gembira dengan apa yang saya usahakan sekarang ini,” katanya yang turut mengusahakan perniagaan tudung jenamanya sendiri “Najwal”.

Muzik Video “TAK KISAH PUN” telah di riliskan pada jumaar 19 june 2020 dan kini mencecah 200 ribu tontonan serta trending di Youtube yang boleh di layari di https://www.youtube.com/watch?v=L7zX-BYQNPo

What do you think?

46 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Berita Baik! Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai Ini

Negeri Selangor Jadi Hub Sukan Golf Premier & Utama Di Malaysia