in , ,

Najwa Latif & Akwa Arifin Lancar Muzik Video DUA, Ternyata Ramai Yang Suka

Najwa Latif tampil sekali lagi berkolabarsi bersama Akwa Arifin untuk lagu terbaharu mereka yang berjudul DUA.Proses penciptaan lagu ini bermula sekitar 2013 kira-kira 7 tahun lalu dan mengambil masa yang lama untuk di siapkan.

Menurut Najwa, lagu ini merupakan lagu pertama yang saya ingin berkolabrasi dengan Akwa sebelum tercipta lagu “Tak Kisah Pun”,mungkin ada hikmahnya atas tertangguhnya kelewatan untuk mengeluarkan lagu ini,Tambah Najwa lagi,saya harap lagu ini di terima baik seperti mana lagu Kosong dan Satu  dan secara tidak langsung merupakan nombor susunan.

Dua Cover (3)

“Perjalanan dan pembikinan lagu ini sangat santai, semuanya dihasilkan dalam tempoh PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Sebenarnya, versi akustik lagu ini sudah muat naik di YouTube setahun yang lalu.

Disebabkan ramai yang suka, kami setuju untuk merakamkannya.Beliau kali ini menampilkan penyanyi RAP baharu Akwa Arifin,tambah najwa lagi beliau pada mulanya meminati karya karya Akwa di Youtube.

Lagu Dua dihasilkan oleh Najwa dan adik beradik yang menggelarkan diri mereka sebagai Ellgee, manakala liriknya dihasilkan dengan kerjasama Akwa. Ia dikatakan berkisar mengenai menerima seseorang itu seadanya.

Kali terakhir Najwa mengeluarkan single adalah sekitar june  lalu iaitu Tak Kisah Pun yang telah mencecah 3.2 juta tontonan, menurut Najwa lagi dia amat teruja dengan single terbaharu ini tambahan pula ini merupakan single kedua syarikat rakamannya sendiri NL Entertainment serta lagu kolabrasi kedua Bersama Akwa 

Tambahan pula, video muzik rasmi DUA  telah berjaya mengumpul hamper 200 ribu tontonan dalam masa 2 hari sahaja semenjak lancarkan.

Untuk pengetahuan semua, video muzik Tiada Apa telah diarahkan sepenuhnya oleh Najwa sendiri.

Menurut beliau lagi, setiap elemen di dalam video tersebut mempunyai maksud tersiratnya yang tersendiri. Muzik video DUA boleh di tonton di https://www.youtube.com/watch?v=CAbv4AojGx8

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cik B 2020 | 16

Netizen Tak Sabar Nak Tonton Lakonan Cik B dalam Drama LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Tim Cook Apple | 17

Apple iPhone 12 Mini Dilihat Punya Bateri Berkapasiti 2227mAh, iPhone 12 Dengan 2815mAh