in ,

Berita Baik! Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai Ini

Malaysia kini berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Operasi beberapa sektor antaranya pengangkutan awam dan e-hailing telah mula dilonggarkan.

Terbaru, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran operasi panggung wayang, teater dan kolam renang seluruh negara bermula 1 Julai. Menurut Ismail Sabri, aktiviti riadah kolam renang dibenarkan di kolam renang awam, hotel, kondominium, kawasan terkawal (gated community) serta kolam renang persendirian.

Bagaimanapun, terdapat prasyarat untuk dipatuhi antaranya menyediakan pengawal atau penyelia bukan hanya untuk memastikan keselamatan pengguna tetapi juga jumlah dan masa penggunaan terkawal.

Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai Ini

Mengenai kolam renang untuk kanak-kanak, walaupun pada dasarnya tiada halangan tetapi kita masih lagi tidak menggalakkan kanak-kanak guna kolam renang.

Terserah jika ada pihak pengurusan kolam menetapkan tidak membuka kolam renang untuk kanak-kanak dan ibu bapa perlukan mengambil pendekatan sendiri untuk kawalan kendiri bagi menjaga keselamatan anak-anak mereka.

Bagi waktu operasi panggung wayang, menurut menteri ini, beberapa syarat diwajibkan bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan untuk pengunjung.

Bagi operasi pawagam dan teater pula, kebenaran diberikan hanya untuk diadakan di dewan tertutup sahaja. Bagaimanapun, aktiviti ini tidak boleh melebihi 250 individu bagi setiap pertunjukan dan tertakluk kepada kapasiti dewan.

SOP yang ditetapkan terutamanya penjarakan sosial, diperiksa suhu badan sebelum masuk dan pensanitasi tangan perlu dipatuhi pada setiap masa.

Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai Ini
https://flic.kr/p/2jeuAx8
Pawagam Akan Dibuka Semula Mulai 1 Julai Ini

What do you think?

37 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Filem THE KING’S MAN Rilis Poster & Trailer Terbaharu

Trending di Youtube, Najwa Latif Menampilkan Akwa Arifin Dalam Lagu TAK KISAH PUN