in

Tawaran Istimewa Tonton Bersempena Tahun Baru Cina!

Tayangan PERCUMA “Singing in the Spring: The Movie” Kuala Lumpur, 14 Februari 2018 – Serikan sambutan Tahun Baru Cina bersama yang tersayang dengan tawaran menarik dari portal penstriman nombor satu di Malaysia, tonton sepanjang minggu ini!

Tawaran Istimewa Tonton Bersempena Tahun Baru Cina!

Tawaran Istimewa Tonton Bersempena Tahun Baru Cina!

Kempen Perayaan bersama Google Play Bersempena ketibaan Tahun Baru Cina ini, Google Play menawarkan pakej penjimatan 50% untuk langganan tonton. Promosi istimewa 7 hari bermula 15 sehingga 21 Februari 2018 ini khas buat pengguna Android.

Menerusi muat-turun di Google Play, pengguna bakal menikmati penjimatan langganan bulanan (RM5 sebulan daripada harga asal RM10) dan tahunan (RM48 bagi pelan tahunan asal RM96 ) kepada semua pelanggan baharu. Pilih langganan secara bulanan atau tahunan di Google Play dan tonton pelbagai program kegemaran menarik bersama ahli keluarga sepanjang cuti perayaan ini!

Tayangan PERCUMA “Singing in the Spring: The Movie” Tonton tayangan PERCUMA filem “Singing in the Spring: The Movie” pada Ahad, 18 Februari 2018; eksklusif di portal tonton! Filem terbitan tonton, “Singing in the Spring: The Movie” dihasilkan istimewa bersempena meraikan Tahun Baru Cina.

Potongan 50% langganan di Google Play

Filem ini juga adalah sekual untuk drama bersiri “Singing in the Spring” yang turut ditayangkan di kaca TV. Filem yang berteraskan semangat kejiranan utuh dengan suntikan humor serta sindiran dibintangi oleh duo terkenal ThomasJack, selebriti YouTube Ho Ming Yue dari The Ming Thing, Venice Min, You Lan, Orange Tan, dan Emily Chen!

Nantikan tayangan filem original tonton, “Singing In The Spring: The Movie” secara PERCUMA untuk satu hari sahaja – Ahad, 18 Februari 2018 eksklusif di tonton.

“Kami mahu meraikan pelanggan setia tonton bersempena musim perayaan ini. Menerusi tawaran penjimatan 50% di aplikasi Google Play, pengguna berpeluang menyaksikan tayangan PERCUMA filem original “Singing in the Spring: The Movie” di tonton.

Kami optimis tonton akan terus menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia.” Airin Zainul, Pengarah tonton, Perlesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Beliau menambah,

“Sambutan perayaan bersama keluarga pasti lebih meriah dengan pelbagai seleksi rancangan kegemaran, eksklusif dibawakan oleh tonton untuk masa yang terhad.”

Kini, pelanggan tonton di Malaysia dapat menikmati 90 peratus kandungan premium tonton secara PERCUMA. Alami variasi pengalaman tontonan meluas termasuk berita, perkembangan sukan, hiburan, kandungan premium serta rancangan klasik secara PERCUMA, memastikan pengalaman tontonan yang lebih menarik selain kemudahan siaran episod secara terus-menerus (‘binge-watch’).

Teruskan melanggan pakej tonton VIP yang menawarkan program-program secara live, rancangan premium dan arkib video lebih 30,000 jam pengalaman video bebas iklan. Bermula 1 November 2017, langgan tonton VIP di Malaysia dari serendah RM3 setiap hari dan nikmati 50 peratus diskaun SEPANJANG TAHUN untuk pakej bulanan dengan hanya RM5(harga asal RM10); atau nikmati pengalaman tontonan sepanjang tahun hanya RM48 (harga asal RM96) sebelum promosi tamat pada 15 Januari 2018! Untuk maklumat lanjut, sila ikuti kami di platfom media sosial: Facebook: tontonMY Twitter: tontonMY Instagram: tontonMY Hashtag #tontonMY #tontonMacamVIP Anda juga boleh menghubungi kami di LIVE chat service atau di talian 03-2717 2020!

Mengenai tonton tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 7.8 juta pengguna, menyaksikan pertumbuhan lebih 18,000 ahli setiap minggu dan baru-baru ini melebarkan sayap ke Singapura dan Negara Brunei Darussalam.

Pada April 2016, tonton berubah menjadi perkhidmatan video hibrid berserta aplikasi baru yang menawarkan keahlian PERCUMA (Malaysia sahaja) dan perkhidmatan premium yang baharu diperkenalkan – VIP tonton Ahli-ahli yang menaik taraf ke VIP tonton akan merasai kuasa sebenar tonton – memberikan ahli VIP akses tanpa had ke perpustakaan yang mengandungi lebih 30,000 jam kandungan tempatan dan bersindiket (di wilayah tertentu), acara LIVE eksklusif di HD, pengalaman video bebas iklan, muat turun dan menonton fungsinya kemudian, menikmati faedah dan ganjaran VIP serta banyak lagi. Penonton yang menaik taraf keahlian ke VIP tonton juga akan puas menonton semua kandungan eksklusif, drama dan banyak lagi sehingga enam (6) bulan sebelum tayangan perdana di TV.

Dengan perkhidmatan terbaharu ini, visi tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi. Muat turun aplikasi tonton dari App Store & Google Play hari ini atau layari www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Fathia Nyanyi Semula Lagu SAKIT – iamNEETA Trending di Youtube Malaysia

Sufian Suhaimi Luah Perasaan Mahu Move On di IG Story