in ,

Chef Dato’ Fazley Yaakob Kasi Tips Memasak Hidangan Berbuka & Raya

Sempena bulan Ramadan dan musim perayaan Hari Raya yang bakal menjelang, Susu Sejat Penuh Krim IDEAL® dan MasterChef Selebriti Dato’ Fazley Yaakob telah bekerjasama melalui bengkel masakan yang dianjurkan dengan tujuan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menikmati citarasa rekaan unggul bagi menyempurnakan setiap detik dalam kehidupan.

Pada sesi pertama bengkel masakan yang dijalankan di AEON Mall Shah Alam hari ini, kemuncak acara tersebut adalah perkongsian resipi baharu yang ternyata penuh berkrim dengan menggunakan IDEAL®, jenama susu sejat yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam ciptaan seni kulinari terunggul. Tetamu jemputan yang hadir juga bepeluang menyaksikan pelancaran label baharu Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®.

Foto #4 - IDEAL Cooking Showcase with MasterChef Dato' Fazley Yaakob

IDEAL® Menginspirasi Rakyat Malaysia Dengan Hidangan Kulinari oleh Chef Dato’ Fazley Yaakob Di Musim Perayaan ini

[pullquote align=”right”]B[/pullquote]ercakap mengenai kerjasama buat kali kedua bersama Chef Dato’ Fazley, Ketua Kategori Susu Pekat, F&N Dairies, Cik Eileen Chan berkata, “Dengan IDEAL®, kami terus komited untuk memberi inspirasi kepada ciptaan hidangan gourmet dan sentiasa menetapkan tanda aras tertinggi dalam ciptaan hidangan manisan. Melalui bengkel masakan dan cerita inspirasi yang dikongsikan oleh Chef Dato’ Fazley hari ini, kami percaya bahawa para tetamu kami, termasuk ahli-ahli dari Persatuan Wanita Inspirasi Negara membawa pulang detik-detik penuh inspirasi dan terus memberi semangat kepada warga wanita”, tambah Eileen.




Chef Dato’ Fazley yang telah memenangi anugerah “Chef Selebriti Pilihan Online” baru-baru ini berkata, “IDEAL® merupakan teman sejati saya dalam ciptaan kulinari sempena perayaan ataupun ketika memasak untuk keluarga saya. Tahun ini, lebih banyak resipi manisan inovatif, seperti Krumble Pisang dan Pic dengan Sos Vanila dan Puding Jagung Berkrim telah diciptakan bersama IDEAL® untuk kenikmatan para peminat.

IDEAL® merupakan bahan rahsia saya untuk menambahkan citarasa dan tekstur lemak berkrim kepada hidangan manisan ini. Saya berasa amat bersyukur atas peluang untuk demonstrasi cara memasak ketiga-tiga resipi baharu yang menunjukkan kesempurnaan seni kulinari sambil berkongsi pengalaman hidup saya yang sama seperti IDEAL®, bercita-rasa dan imaginatif.”

“Dengan musim perayaan yang bakal menjelma, jiran tetangga, saudara mara, sahabat handai dan rakan-rakan akan dijemput ke majlis jamuan untuk menyambut dan meraikan perayaan. Kami berharap bahawa ciptaan resipi baru IDEAL® akan menambah keceriaan dalam perkongsian sempena musim perayaan yang penuh dengan kasih sayang,” ujar Eileen.

IDEAL® dan duta jenamanya Chef Dato’ Fazley akan menjalankan bengkel masakan di stor terpilih dalam Lembah Klang bermula dari 14 Mei untuk demonstrasi masakan kepada tiga resipi baharu yang dicipta bersama IDEAL®. Risalah resipi istimewa ini boleh didapati di semua hypermarket utama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Susu Sejat Penuh Krim IDEAL®, sila lawati www.fndairies.com

Foto #2 - IDEAL Cooking Showcase with MasterChef Dato' Fazley Yaakob

Foto #1 - IDEAL Cooking Showcase with MasterChef Dato' Fazley Yaakob

Foto #7 - IDEAL Cooking Showcase with MasterChef Dato' Fazley Yaakob

Foto #6 - IDEAL Cooking Showcase with MasterChef Dato' Fazley Yaakob

Foto #5 - IDEAL Cooking Showcase with MasterChef Dato' Fazley Yaakob

Foto #3 - IDEAL Cooking Showcase with MasterChef Dato' Fazley Yaakob

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tune Hotels Perkenalkan Jualan CRAZY 8 Pertama

Bonus Percuma Menonton Program Korea Astro Selama 60 hari