in , ,

Fazley Yaakob Nafi Khabar Angin Berselisih Faham Dengan Imran Ajmain

Sebenarnya Imran pulang ke Singapura untuk bekerja di sana dan menjaga ibunya. Oh gitulah ceritanya! Bacaan lanjut!

Selebriti dan cef popular, Datuk Fazley Yaakob menafikan dakwaan bahawa hubungannya dengan penyanyi kelahiran Singapura, Imran Ajmain bermasalah.

Gosip itu mula timbul apabila mereka tidak lagi dilihat bersama seperti dahulu.

Menurut Fazley, Imran yang pernah bekerja dengannya selama lapan tahun kini sudah kembali ke Singapura.

“Sebelum ini dia berkhidmat sebagai pengarah kreatif di syarikat saya. Dan dia juga adalah anak angkat kepada ibu bapa saya. 

“Ibunya menetap sendirian di Singapura. Kebetulan Imran mendapat tawaran kerja sebagai pengarah di sebuah institusi muzik penting di sana. 

“Bila dia tanya saya dan isteri apa yang harus dibuat, saya beritahu padanya utamakan keluarga terlebih dahulu,”

– Datuk Fazley Yaakob

Fazley berkata, dia hanya menganggap Imran dipinjamkan seketika dan dia boleh kembali untuk bekerja dengannya sebaik urusan tersebut selesai.

“Biarpun dia tiada di sini, tetapi khidmatnya tetap diperlukan secara maya jika ada masalah yang timbul. 
“Jadi dakwaan yang mengatakan saya ada masalah dengan Imran adalah tidak benar. Saya jarang ada masalah dengan orang,”

– Datuk Fazley Yaakob

Ditanya bagaimana dengan syarikatnya selepas ketiadaan Imran, katanya, dia bersyukur kerana pekerjanya dilatih dengan baik oleh Imran.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DIANA AMIR

“Kematian Semakin Hampir” – Diana Amir Nekad Ucap Selamat Tinggal Dunia Seni

Trending! Syed Saddiq Didapati Bersalah Atas Empat Pertuduhan