in

Bonus Percuma Menonton Program Korea Astro Selama 60 hari

Semua pelanggan Astro kini boleh menikmati lebih banyak hiburan Korea sepanjang 60 hari akses percuma ke semua saluran Korea termasuklah Oh!K HD (CH 394) dan tvN (CH 395) mulai 1 Julai hingga 31 Ogos 2016.

Uncontrollably Fond

Akses percuma semua saluran Korea Astro untuk 60 hari!

[dropcap]P[/dropcap]elanggan NJOI juga berpeluang menikmati semua drama popular Korea sepanjang akses percuma saluran Oh!K HD (CH 394) dan tvN (CH 395), yang merupakan sebahagian daripada Korean Pack.

Peminat drama Korea pastinya teruja apabila saluran KBS World (CH 391, HD CH 392) dan One HD (CH 393) akan menampilkan lebih banyak judul drama popular dan terkini seperti ‘Uncontrollably Fond’(KBS World), ‘Doctors’(One HD) dan ‘W’ (Oh!K HD) yang disiarkan sama hari dengan tayangan perdananya di Korea.

Lebih banyak drama yang disiarkan sama hari dengan tayangan perdananya di Korea seperti ‘Uncontrollably Fond’, ‘Doctors’ dan ‘W’

Peminat hiburan Korea juga boleh menonton tvN untuk pelbagai lagi rancangan hebat seperti ‘Three Meals a Day’, ‘Friends over Flowers’ dan ‘Get It Beauty’, acara muzik bertaraf dunia serta produksi yang dilakonkan bintang-bintang hebat, istimewa untuk penonton-penonton di Asia.

Kim Rae Won - Doctors

5 sebab kenapa anda HARUS menonton drama Korea ‘Uncontrollably Fond’, ‘Doctors’ dan ‘W’ di Astro

  1. ‘Uncontrollably Fond’ bakal meneruskan legasi ‘Descendants of the Sun’

Selepas kejayaan drama ‘Descendants of the Sun’, syarikat penyiaran terkemuka Korea, KBS World (CH 391 & HD 392) akan menyiarkan satu lagi drama TV yang bakal menyerang peminat drama Korea di seluruh Asia menerusi ‘Uncontrollably Fond’ yang menampilkan Kim Woo Bin dan Suzy, ahli kumpulan K-Pop, Miss A. Siri ini turut meraikan ‘kepulangan’ semula dua bintang ini ke kaca drama TV selepas 3 tahun; drama terakhir Kim Woo Bin adalah The Heirs manakala Suzy muncul dalam Gu Family Book, kedua-duanya pada tahun 2013.

‘Uncontrollably Fond’ mempunyai semua formula untuk menjadikannya drama yang hit menerusi kisah dua rakan muda yang kembali bertemu setelah sekian lama dengan Woo Bin bergelar bintang K-Pop dan Suzy, penerbit dokumentari yang penuh keazaman.

  1. Pertarungan sengit Park Shin Hye dan Kim Rae Won dalam ‘Doctors’

Bagaimana? Ketahui segalanya apabila ‘Doctors’, yang membariskan Park Shin Hye, Kim Rae Won, Lee Sung Kyung dan Yoon Kyun Sang akan disiarkan sama hari dengan tayangan perdananya di Korea, hanya di ONE HD (CH 393) pada 21 Jun 2016. Dalam drama ini, Hye Jung (Park Shin Hye), seorang pembuli yang tidak mempercayai siapa-siapa, bertemu seorang pakar bedah neuro selepas keluar dari penjara. Sebagai seorang mentor yang baik, Hong Ji Hong (Kim Rae Won) membimbingnya dalam memenuhi impian Hye Jung yang turut mahu menjadi seorang pakar bedah neuro.

ONE HD kemudiannya akan turut menyiarkan ‘Wanted’ lakonan Kim Ah Joong, Ji Hyun Woo dan Uhm Tae Woong, pada 23 Jun 2016, sama hari dengan tayangan perdananya di Korea.

  1. Kemunculan semula Han Hyo Joo di kaca TV selepas 6 tahun, dalam W!

Han Hyo Joo yang kali terakhir muncul di kaca TV pada tahun 2010 dalam drama ‘Dong Yo’, akan membuat kemunculan semula menerusi drama ‘W’, mulai 21 Julai hanya di saluran Oh!K HD (CH 394). ‘W’ adalah drama romantik penuh debar menceritakan kisah hartawan Kang Chul (Lee Jong Suk) dan doktor bedah Oh Yeon Joo (Han Hyo Joo) yang bertemu dalam dimensi berbeza. Barisan pelakon hebat itu, bersama penerbit, PD (Jang Dae Yoon) yang turut menghasilkan drama hebat, She Was Pretty di saluran Oh!K awal tahun ini menjadikan ‘W’ drama yang paling dinantikan tahun 2016.

  1. Hubungan istimewa sesama para pelakon drama

Menariknya, pelakon-pelakon utama ketiga-tiga drama ini berhubung kait antara satu sama lain dalam kemeriahan dunia hiburan Korea. Kim Woo Bin (Uncontrollably Fond) sebagai dan Lee Jong Suk (W) sebagai contohnya merupakan sahabat baik manakala Park Shin Hye (Doctors) dan Lee Jong Suk (W) rapat antara satu sama lain dan memainkan watak yang saling meminati dalam drama ‘Pinocchio’ sehingga mereka dikhabarkan bersama tahun lalu.

  1. 1 Julai sehingga 31 Ogos 2016, semua pelanggan Astro dan NJOI boleh menikmati akses percuma Korean Pack, yang menampilkan Oh!K (CH 394) dan tvN (CH 395).

‘Uncontrollably Fond’, ‘Doctors’ and ‘W’ bukan drama Korea pilihan anda? Jangan risau kerana kami ada banyak kandungan menarik yang akan disiarkan pada hari yang sama dengan tayangan perdananya di Korea, seperti senarai di bawah dan banyak lagi yang menanti, hanya di Astro.

Judul Saluran Tempoh Masa
Uncontrollably Fond KBS World (CH 391 & HD 392) 7 July – 9 September (20 episod)

Khamis, Jumaat (8:50pm)

Moonlight Drawn by Clouds KBS World (CH 391 & HD 392) 16 August – 19 October (20 episod)

Selasa, Rabu (8:50pm)

Lucky Romance Oh!K HD (CH 394) Sedang ditayangkan, episod akhir pada 15 Julai (16 episod)

Khamis, Jumaat (8.55pm)

Monster Oh!K HD (CH 394) Sedang ditayangkan, episod akhir pada 14 September (50 episod)

Selasa, Rabu (8:55pm)

W Oh!K HD (CH 394) Tayangan Perdana 21 Julai, Khamis, Jumaat (8.55pm)
Doctors ONE HD (CH 393) 21 Jun – 10 Ogos (16 episod)

Selasa, Rabu (8:10pm)

Wanted ONE HD (CH 393) 23 Jun – 12 Ogos (16 episod)

Khamis, Jumaat (8:10pm)

Penonton juga boleh memilih sari kata Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Mandarin untuk rancangan yang disiarkan Oh!K HD dan One HD manakala rancangan siaran KBS World hanya akan menawarkan pilihan sari kata Bahasa Inggeris. Untuk kemudahan anda, judul-judul yang disiarkan sama hari dengan tayangan perdananya di Korea juga boleh didapati menerusi On Demand dan Astro on the Go bagi membolehkan pelanggan kami menonton drama Korea kegemaran mereka, di mana sahaja mereka berada pada bila-bila masa.

Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my/sameday/korea

Park Shin Hye - Doctors

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chef Dato’ Fazley Yaakob Kasi Tips Memasak Hidangan Berbuka & Raya

Menangi Kereta & Samsung Galaxy A7 Dalam Peraduan HyppTV HYPPRUSH