in , ,

Tiket Konsert Exists Borneo Tour di Kuching & Kota Kinabalu Mampu Milik

Kumpulan Exists akan menemui peminatnya di Borneo sempena Konsert Exists Borneo Tour pada Disember ini.

Tanggal 25 Oktober lalu, Budiey Channel sempat meluangkan masa untuk menghadiri sidang media Exists Borneo Tour di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Selepas lama tidak mementaskan konsert di Borneo, kumpulan Exists yang mula mencipta populariti sejak era 1990-an, bakal menghiburkan peminat di Sabah dan Sarawak pada 17 dan 30 Disember depan melalui siri Konsert Exists Borneo Tour.

Tiket Konsert Exists Borneo Tour di Kuching & Kota Kinabalu Mampu Milik

Konsert anjuran Urusan Menara Network itu akan membuka tirai di Borneo Convention Center Kuching (BCCK) pada 17 Disember depan.

Konsert kemudian akan diteruskan di Sabah International Convention Center, Kota Kinabalu pada 30 Disember.

Penganjur acara dan Pengarah Urusan Menara Network, Datuk Ab Razif Asmuni, berkata penganjuran Konsert Exists Borneo Tour bakal mengubat kerinduan peminat kepada kumpulan muzik itu di Sabah dan Sarawak.

Tiket Konsert Exists Borneo Tour di Kuching & Kota Kinabalu Mampu Milik

“Saya berharap, penganjuran konsert ini dapat menyajikan persembahan dan hiburan terbaik untuk penduduk Sabah dan Sarawak. Lebih menarik, harga tiket yang ditawarkan adalah mampu milik.

Saya harap konsert ini dapat mengubat kerinduan peminat Exists di Sabah dan Sarawak yang sudah menantikan kehadiran mereka,”

– Datuk Ab Razif Asmuni
Tiket Konsert Exists Borneo Tour di Kuching & Kota Kinabalu Mampu Milik

Konsert Exists Borneo Tour di Sabah dan Sarawak bakal menyaksikan anggota kumpulan Exists iaitu Ezad Lazim, Ajai, Along, Ujang dan Musa menghiburkan peminat.

Beliau memberitahu, konsert berkenaan juga bakal menampilkan barisan anggota-anggota kumpulan ini iaitu Ezad Lazim, Ajai, Along, Ujang dan Musa.

“Lebih menarik, akan ada kejutan kerana beberapa lagu Exists akan diberi sentuhan nafas baharu.

“Tidak hanya konsert, peminat dan pengunjung juga dapat berkunjung ke acara karnival yang akan berlangsung selama tiga hari di lokasi acara,” katanya.

Tiket Konsert Exists Borneo Tour di Kuching & Kota Kinabalu Mampu Milik

Lebih menarik, beberapa lagu Exists akan diberi sentuhan nafas baharu dengan lebih 20 lagu akan dipersembahkan pada konsert itu.

Teruja dengan peluang diberi penganjur, vokalis Exists, Ezad berkata, mereka sudah lama menyimpan hasrat mementaskan konsert di Sabah dan Sarawak.

“Saya tidak ingat bila kali terakhir buat konsert di Sabah atau Sarawak, rasanya sudah lebih 20 tahun.

“Kalau pergi seorang dan persembahan kecil memang pernah, namun konsert berskala besar seperti ini sudah lama tiada. Kesempatan ini membuatkan kami teruja.

“Apabila dapat peluang sebegini, kami perlu ambil. Kami mahu jumpa peminat. Mereka sudah lama menantikan kehadiran kami di Borneo. Saya harap semuanya lancar dan dipermudahkan,”

– Ezad Lazim
Tiket Konsert Exists Borneo Tour di Kuching & Kota Kinabalu Mampu Milik

Konsert Exists Borneo Tour di Sarawak akan dianjurkan di Pusat Konvensyen Borneo pada 17 Disember, manakala Konsert Exists Borneo Tour di Sabah akan dipentaskan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 30 Disember depan.

Tidak hanya konsert, peminat dapat berkunjung ke acara karnival yang berlangsung tiga hari di lokasi acara.

Tiket konsert kumpulan muzik evergreen tanah air itu mula dijual pada harga RM77 hingga RM238.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh hubungi Menara Network di talian 019-4519288

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CelcomDigi Perkenal Pelan 5G home WiFi Baharu Pada Harga RM99

HAFIZ SUIP

Hafiz Suip Muncul Dengan Single Terbaharu Berjudul TERUS BERSINAR