in ,

Tempah Kedai Buku Dengan Airbnb Hari Ini

Airbnb dan BookXcess bekerjasama untuk memberikan pencinta buku peluang menginap di kedai

Airbnb, syarikat hospitaliti berdasarkan komuniti yang terkemuka di dunia, memberikan peminat sastera peluang untuk menginap satu malam di BookXcess, kedai buku terbesar di Malaysia. Untuk satu malam sahaja, Airbnb akan mengubah suatu ruang dalam kedai terbaharu BookXcess di Tamarind Square, Cyberjaya, menjadikan bilik tidur eksklusif untuk menginap. Buat pertama kalinya, waktu tidur anda tidak akan menjadi isu, dan anda dapat melelapkan mata disertai dengan ribuan pengembaraan sastera yang menanti anda.

Airbnb

Foto: Menang peluang menginap di bilik tidur impian anda di kedai buku terbesar di Malaysia dengan Airbnb!

Cawangan BookXcess yang baru dibuka di Tamarind Square akan disenaraikan di Airbnb dari 29-30 September, dan menawarkan satu pemenang bertuah dan temannya peluang untuk menginap di kedai buku untuk hujung minggu. Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat membaca dan menikmati idea bahawa buku boleh membawa kita mengembara ke dunia yang berbeza.

Bagaimana rasanya mengendalikan kedai buku yang menempatkan setengah juta buku? Pasangan yang menang akan mendapat pengalaman mendalam dalam pengurusan kedai buku dan menjadi bos mereka sendiri untuk sehari. Kumpulan BookXcess akan memberikan akses eksklusif di belakang layar mengenai pengurusan sebuah kedai buku. Di sana, anda boleh hidupkan impian anda semasa anda mengendalikan mesin tunai, belajar cara memilih buku untuk kedai, dan berinteraksi dengan pelanggan. Selain itu – anda pasti teruja – satu sesi “Grab-& -Go” akan diadakan, di mana pemenang boleh membawa pulang sebanyak mana buku yang boleh disambar oleh mereka dalam masa dua minit!

Sebelum waktu tidur, pemenang akan menyertai kelab buku lewat malam, yang dihoskan oleh Umapagan Ampikaipakan daripada radio BFM89.9, untuk membincang tentang buku-buku yang memberikan inspirasi untuk pengembaraan.

“Mengembara merupakan satu cara yang baik untuk mengurangkan tekanan dan membaca buku kegemaran anda,” kata Siew Kum Hong, Pengarah Serantau Airbnb, Asia Pasifik. “Lebih daripada sekadar menempah penginapan dengan ruang membaca yang kondusif seperti ruang tamu, Airbnb membuatkan pengembara untuk berkemas dengan ringan, dan dapat meminjam buku daripada rak buku hos mereka. Dengan lebih daripada lima juta penginapan, pengembara bukan sahaja mendapat perpustakaan global di hujung jari mereka, tetapi juga berupaya meraih pandangan yang tidak ternilai menerusi hubungan dengan hos Airbnb mereka yang boleh mengesyorkan buku dan kedai buku tempatan untuk diterokai. ”

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Airbnb dalam projek yang mengujakan ini. Kami sentiasa percaya bahawa membaca boleh mewujudkan peluang untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk memasangkan impian yang lebih besar dan mengembara melalui buku-buku,” kata Andrew Yap, Pengasas BookXcess. “Seperti pengembaraan, membaca juga membawa mereka mengembara bersama-sama jalan cerita. Acara dengan Airbnb ini lagi meningkatkan kemungkinan bagi para pencinta buku untuk tinggal di kedai buku dan perpustakaan impian mereka. Kami cukup terharu kerana menjadi kedai pilihan di Malaysia untuk memberikan pengalaman unik ini kepada pemenang bertuah,” kata Yap lagi.

Dengan menggalakkan pengembara untuk berhubung dengan hos Airbnb tempatan dan koleksi buku mereka, ia turut memupuk cara pengembaraan yang bersifat mampan dan saling berkaitan. Kempen ini juga bertujuan untuk memperkasakan komuniti dan perniagaan tempatan; selain daripada BookXcess, tetamu boleh berasa di rumah dengan pakar tempatan yang menduduki ruang ini – Kedai Bikin, Real.m, Tish Lifestyle, Hive Remedies dan Roots Remedies.

Butiran Penyertaan Pertandingan:
Untuk berpeluang memenangi pengalaman ini, pengembara mesti menjawab soalan mengenai buku kegemaran mereka (genre dan tajuk) untuk dibawa mengembara dan mengapa. Sertai selewat-lewatnya pada pukul 11:59 PM (zon masa Kuala Lumpur/GMT+8) 20eptember 2018. Halaman penyenaraian akan merangkumi arahan untuk penyerahan penyertaan. Pemenang akan diterbangkan dari mana saja di Malaysia. Untuk syarat kelayakan dan terma dan syarat peraduan penuh, sila lihat halaman penyenaraian. https://www.airbnb.com.my/rooms/28351386

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari KNOW IT di TV1

Peraduan Tayangan Filem HELL FEST