in

Tema Rock Cabar 7 Peserta CERIA POPSTAR 2016

Saingan program realiti nyanyian kanak-kanak paling popular di Malaysia, Ceria Popstar semakin sengit apabila 7 peserta yang tinggal semakin menunjukkan kehebatan masing-masing.

Setelah konsert lepas menyaksikan penyingkiran Dalili dari Kuala Lumpur, kesemua peserta yang tinggal minggu ini diuji dengan tema ‘Rock’, di mana mereka dikehendaki membawakan lagu-lagu rock popular dengan cara mereka yang tersendiri.

Tema Rock Cabar 7 Peserta Ceria Popstar 2016

Dominasi Peserta Sabah dan Sarawak Berterusan

[dropcap]B[/dropcap]eraksi cemerlang di dua konsert sebelum ini, adakah tema kali ini bakal mencabar vokal dan kemampuan Hazmil, peserta dari Sarawak yang terkenal dengan kebolehan menyanyikan lagu-lagu Melayu asli. Mampukah anak kecil ini memberikan persembahan yang meyakinkan?

Tema Rock Cabar 7 Peserta Ceria Popstar 2016

[pullquote align=”right”]Adakah pendahulu awal, Eylia dapat mengembalikan keyakinan para juri setelah gagal menyerlah di konsert yang lalu? Berjayakah Aniq menggunakan kelebihannya yang meminati muzik rock untuk memukau para juri dan penonton?[/pullquote]

Sama-sama kita saksikan Konsert Keempat Ceria Popstar yang akan disiarkan Jumaat ini, 22 April 2016, bermula jam 9 malam di tiga saluran iaitu Astro Ceria, Saluran 611 , Astro Maya HD, Saluran 135 dan Astro Prima, saluran 105. Konsert kali ini masih menampilkan Nabil Ahmad selaku pengacara manakala personaliti TV terkenal, Raja Azura dijemput menjadi juri undangan bagi menilai persembahan setiap peserta yang bertanding di samping juri tetap, Datuk Siti Nurhaliza dan Awie.

Pengacara tersohor tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan ‘father-figure’ kepada program ini.

Berikut merupakan senarai lagu tugasan Konsert Keempat Ceria Popstar 2016:

GIliran Nama Peserta Asal Lagu Tugasan
1. Fatma Naslin Bt Suhailin
Farhana Naslyn Bt Suhailin (SISTAR)
Sabah I Hate Myself For Loving You (Joan Jet)
2. Irfan Harris Bin Othman (Irfan) Johor Darah Muda (Bunkface)
3. Eylia Eyre Guntabid (Eylia) Sabah Mengapa (Nicky Astria)
4. Muhammad Shahreza Bin Abu Samah (Reza) Sarawak Rozana (Search)
5. Siti Junaidah Binti Bekri (Jun) Sabah Pengemis Cinta (Ella)
6. Hazmil Bin Hassan (Hazmil) Sarawak Pokok (Hazama)
7. Muhammad Aniq Iffat Bin Ruzaimi (Aniq) Perak Ingatkan Dia (Wings)

Juara Ceria Popstar 2016 bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi. Format penjurian konsert Ceria Popstar ini menggunakan format 100 % penilaian daripada juri professional.

Siapakah yang akan menyerlah dalam konsert kali ini dan siapakah yang akan tersingkir? Saksikan Konsert keempat Ceria Popstar Jumaat ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima.

Tema Rock Cabar 7 Peserta Ceria Popstar 2016

Tema Rock Cabar 7 Peserta Ceria Popstar 2016

Tema Rock Cabar 7 Peserta Ceria Popstar 2016

Tema Rock Cabar 7 Peserta Ceria Popstar 2016

Tema Rock Cabar 7 Peserta Ceria Popstar 2016

Tema Rock Cabar 7 Peserta Ceria Popstar 2016

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CYRILL HASSAN

Ulasan Filem CRIMINAL Dari Kaca Mata Penonton

Serasi Tak Mia Ahmad & Ashraf Muslim Dalam Drama MR. BOSS MISS STALKER