in , ,

Telefon Pintar Kalis Peluru? HONOR Lancar Promosi HONOR X9b

HONOR X9b bintangi filem aksi thriller War on Terror: KL Anarki

HONOR Malaysia memberi satu lagi sebab untuk membangkitkan rasa teruja peminat di Malaysia dengan HONOR X9b yang bakal dilancarkan nanti, apabila menimbulkan pertanyaan“Mampukah Ia Menahan Tembakan Peluru?

”Persoalan ini pastinya meninggalkan tanda tanya buat peminat mengenai telefon pintar baharu HONOR yang tahan lasak dan mampu menahan cabaran sukar ketika mengharungi tugas harian, dan akan dilancarkan tidak lama lagi.

Telefon Pintar Kalis Peluru? HONOR Lancar Promosi HONOR X9b

Adakah HONOR X9b cukup lasak menahan tembakan peluru? Nantikan cabaran menembak pada 23 Oktober 2023. Siri terbaharu HONOR kini semakin diperkatakan ramai, ini sebab HONOR X9b digelar sebagai Tahan Lasak Semua Sudut.

1. Peranti Tahan Lasak 360°:

Dengan Paparan Antijatuh Melantun Ultra HONOR, HONOR X9b mempunyai rintangan jatuh keliling, melindungi kedua-dua bahagian skrin hadapan dan belakang peranti.

2. Perlindungan 3 Peringkat:

Gabungan tiga perlindungan iaitu pengukuhan titik tunggal, perlindungan tertutup rapat, dan balutan kusyen keliling, HONOR X9b memberikan tahap perlindungan berganda demi melindungi skrin, bingkai dan komponen dalaman lain dari yang lain.

3. Bahan Kusyen Canggih:

HONOR X9b memiliki ciri-ciri bahan kusyen yang canggih dan mampu meresap impak jatuh sehingga 1.2 kali, memastikan peranti anda tetap selamat walau ketika situasi mencabar.

4. Ketahanan Diiktiraf SGS:

HONOR X9b dengan bangganya memegang takhta sebagai yang pertama dunia mendapat pensijilan 5 bintang rintangan jatuh setiap sudut oleh SGS Switzerland.

5. Penggantian Retak Depan dan Belakang 365 Hari:

HONOR X9b merupakan yang pertama dalam industri menawarkan pengguna penggantian skrin retak depan dan belakang selama setahun selepas tempoh pembelian.

Telefon Pintar Kalis Peluru? HONOR Lancar Promosi HONOR X9b

HONOR X9b bintangi filem aksi thriller War on Terror: KL Anarki

Baru-baru ini, HONOR Malaysia membuat pengumuman yang menghubungkan aksi dan thriller – apabila bekerjasama dengan filem hebat tempatan, ‘War on Terror: KL Anarki’ – dengan menampilkan HONOR X9b baharu. Dijadual ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 23 November 2023, kerjasama mengujakan ini mengangkat teknologi telefon pintar tercanggih ke layar perak yang penuh dengan aksi mendebarkan.

HONOR X9b  – Tahan Lasak Semua Sudut ditayangkan di pawagam

Disebalik aksi sengit dalam ‘War on Terror: KL Anarki’, HONOR X9b menyerlah sebagai telefon pintar paling lasak sehingga hari ini. Peranti menakjubkan ini membawa nafas baru dalam penanda aras industri dari segi ketahanannya dengan rekaan Tahan Lasak Semua Sudut.

Maklumat lanjut tentang HONOR X9b sila layari: https://bit.ly/HONORX9bPR .

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Pertama Famili Duo Musim Ketiga Ditonton 3.8 Juta Orang

MAGICA Events Kini Dibuka di PICC Putrajaya Bertema Winter & Autumn