in , ,

Tahniah! Yamani & Zaki Dinobatkan Juara Famili Duo Musim Kedua TV3

Pasangan adik beradik, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani  diumumkan sebagai juara program Famili Duo yang ditayangkan di TV3, sebentar tadi. 

Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000. 

Tampil membuat kejutan, duo adik beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah dinobatkan sebagai juara program Famili Duo musim kedua.

Anak-anak kepada penyanyi otai Datuk Jamal Abdillah ini mendahului dengan kutipan markah sebanyak 81.4 peratus.

Zaki dan Yamani menyampaikan lagu Potret dan Pelukan Angkasa di segmen Anugerah Juara Lagu (AJL) bersama medley Bunga, Hutang dan Kau Pun Sama di segmen bebas bersama berjaya menumpaskan tiga pasangan duo lain dan berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM100,000.

Kedua-dua anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah itu meluahkan rasa syukur atas kemenangan mereka di pentas pertandingan penuh mencabar itu. 

“Terima kasih terutamanya untuk doa kalian dan ibu bapa kami,” kata Yamani. 

Sementara itu, Zaki turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada barisan juri. 

“Terima kasih Famili Duo kerana memberi peluang kepada kami. Terima kasih Abang Ajai dan Mummy (Mas Idayu). Terima kasih ibu saya yang beri semangat,”

– Zaki

Berpuas hati di tempat kedua, Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang membawakan lagu Pada Syurga di Wajahmu di segmen AJL dan medley lagu Gangnam Style dan Let’s Get Loud di segmen bebas meraih 78.7 peratus mata dan berjaya membawa pulang RM20,000.

Tampil unik dengan lagu Let It Go di segmen bebas dan medley Gila dan Laguku Untukmu di segmen AJL, duo sepupu Wani Kayrie dan Bella Astillah berjaya meraih tempat ketiga dengan kutipan mata sebanyak 76.6 peratus serta membawa pulang wang tunai RM15,000.

Dengan markah sebanyak 63.3 peratus, Naim Daniel dan Sissy Imann meraih tempat keempat. Mereka yang membawakan lagu Kau Yang Punya di segmen bebas dan Sumpah di segmen AJL membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.

Berikut merupakan kedudukan dan markah penuh finalis Famili Duo:

  1. Zaki Yamani & Yamani Abdillah 81.4%
  2. Ayda Jebat & Fyna Jebat 78.7%
  3. Bella Astillah & Wani Kayrie 76.6%
  4. Sissy Imann & Naim Daniel 63.3%

Seperti minggu sebelumnya, markah finalis Famili Duo dinilai sebanyak 80 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 20 peratus undian atas talian oleh penonton.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, Famili Duo bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Famili Duo disiarkan setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fizi Ali Bertemu Jodoh Serasi Aisha Mazlin di Segmen Hot Squad

DIA FEST

Kolej Pengajian Seni Kreatif Memperkasa Pelajar Melalui DIA FEST 2023