in ,

Viu Indonesia Umum Pelakon Utama Siri Baru Asal, SUNSHINE

Drama romantik akan dibintangi pelakon lelaki dan wanita utama Indonesia

Perkhidmatan Video OTT utama, Viu hari ini mengumumkan nama-nama pelakon utama dalam siri asal terbarunya, SUNSHINE. Ini merupakan Siri Asal ketiga Indonesia bagi Viu setelah kejayaan Switch (2017) dan The Publicist (2017). Drama romantik ini akan memaparkan pelakon lelaki dan wanita utama Indonesia termasuklah:

Dion Wiyoko, yang telah membintangi banyak filem seperti Last Barongsai (2017) dan Cek Toko Sebelah (2016). Beliau turut disertai oleh Rianti Cartwright, yang telah membintangi pelbagai filem dan lebih dikenali dengan peranan utamanya sebagai ‘Aisha’ dalam filem romantik hit Indonesia, Ayat-Ayat Cinta.

Rianti Catwright

“Viu adalah tempat bagi pengkarya Indonesia terbaik dan bertindak sebagai platform paling relevan bagi mereka untuk menyampaikan cerita secara terus kepada pelanggan. Dengan kehadiran kami di 15 buah negara di seluruh negara, Viu menyediakan pengkarya Indonesia peluang untuk menunjukkan hasil seni terbaik mereka merentasi sempadan kepada lebih 16 juta pengguna aktif setiap bulan,” kata Varun Mehta, Pengurus Negara bagi Viu Indonesia.

“Kami amat teruja untuk memainkan peranan sebagai Langit dan Bintang. Siri ini mempunyai jalan cerita yang menarik mengenai perjalanan seorang pemuda dalam pencarian dirinya. SUNSHINE adalah mengenai sentimen belia Indonesia dan penonton Viu akan terus dapat merasai bahawa cerita ini dekat dengan diri mereka,” kata Dion dan Rianti, pelakon utama SUNSHINE.

Ini merupakan cerita terbaharu yang dikeluarkan Viu bagi 2018 setelah kejayaan siri asal SWITCH & The Publicist yang telah mendapat berjuta tontonan di seluruh pasaran Viu. Bagi usaha ini, Viu bekerjasama dengan penulis dan pengarah Alyandra Pandjipoera (London Love Story 1 dan My Idiot Brother). Siri Asal dari Viu ini memaparkan kisah seorang bapa yang berjaya, dan diadun dengan kisah cintanya. Apabila anak lelaki kecilnya bertanya tentang kehidupannya sebelum berkahwin, termasuk tentang bagaimana dia bertemu dan jatuh cinta dengan ibunya, si bapa menceritakan semula kisah percintaannya dengan empat orang wanita, dengan menukar nama-nama mereka kepada Bulan, Bintang, Matahari dan Bumi, agar anak lelakinya itu dapat memulakan perjalanan untuk mencari siapakah yang menjadi ibunya.

“SUNSHINE adalah drama romantik yang menarik dan saya yakin bahawa SUNSHINE akan menjadi satu daripada siri kegemaran dalam kalangan penonton Viu,” kata Alyandra Pandjipoera, Pengarahnya.

Ditaja oleh Wardah, SUNSHINE akan diterbitkan untuk musim pertama yang terdiri daripada 13 episod dan boleh didapati secara eksklusif di aplikasi dan laman web Viu. Diarah oleh Alyandra Pandjipoera, SUNSHINE akan ke udara bermula Mei 2018.

Maklumat lanjut mengenai SUNSHINE boleh didapati di akaun media sosial Viu di Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, dan www.dramabanget.com.

Dion Wiyoko

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dapatkan Pas Musim GC2018 Raikan Atlet Negara di Sukan Komanwel

Peraduan Menang Tiket Konsert ONEREPUBLIC LIVE IN MALAYSIA