in , , ,

Suami Shila Amzah Jawab Dakwaan Bakal Bercerai, Kurang Ajar Posting FB!

TAK sampai dua bulan kahwin, tiba-tiba ada pula berita tidak baik mengatakan penyanyi Shila Amzah dengan suaminya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai bakal bercerai.

Ttengok pada hubungan penyanyi Shila Amzah dengan suaminya, Ubai elok jer hari tu masa sambutan Hari Malaysia. Jadi, mana datangnya dakwaan rumah tangga diorang tengah bermasalah dan bakal bercerai ni?

Gosip itu timbul selepas salah seorang pengikut di Instagram memaklumkan kepada Shila mengenai sebuah artikel di Facebook yang mengatakan rumah tangga selebriti itu berdepan masalah.

Tak nak membiarkan ia menjadi salah faham, Shila menegaskan berita yang dikongsikan di Facebook itu tidak benar dan tajuk ‘click bait’ yang digunakan sememangnya sengaja mengundang fitnah.

“Sebab itu jangan main FB, dah teruk sangat dah dia punya news. Click bait dah tak fikir benda betul ke fitnah ke… kalau kita terdetik mempercayai dah satu hal jadi dosa pula kita,” jawab Shila.

Shila Amzah sebelum ni turut sudah memberikan respon mengenai perkara ini. Kali ini, Ubai pula tampil menafikan dakwaan tersebut sekeras-kerasnya.

Kami bahagia saja di rumah. Tiada masalah apapun, malah lebih mengenali Shila dengan lebih dekat.

– Shila Amzah

Dalam pada masa yang sama, pempengaruh tersebut turut meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang menularkan hal tidak benar mengenai rumah tangganya.

Sebelum ini, Shila Amzah memaklumkan bahawa terdapat artikel di Facebook mendakwa rumah tangga bersama Ubai sedang retak.

Untuk info, Shilla pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018 sebelum bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia empat tahun. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tempahan iPhone 15 Hari Ini Tapi Makan Bulan Jugak Baru Sampai

AINA ABDUL

Aina Abdul Dituduh Guna ‘Kabel Orang Dalam’ Dapat Dana RM300,000