in

SonaOne Lancar Lagu Single Terbaru Berjudul FIREFLY

SonaOne kembali dengan sebuah “single” terbaru yang diberi judul “Firefly”. Lirik lagu dan komposisi muzik merupakan karya SonaOne sepenuhnya. “Firefly” merupakan sebuah lagu yang senang didengari dan berentak rancak yang dijangka mendapat sambutan baik dari peminat tegar beliau yang semakin bertambah di luar sana.

Untitled

“Firefly diinspirasikan dari kisah benar kisah cinta kedua ibu bapa saya, secara tepatnya tatkala ayah saya pertama kali melabuhkan pandangan matanya pada ibu saya. Saya mengimbau kembali ke awal tahun 80-an dan cuba melakar kisah cinta mereka berdua, yang meyakinkan saya bahawa cinta sejati boleh kekal ke akhir hayat”, ujar SonaOne semasa membicarakan mengenai ilham disebalik lagu ini.

“Firefly” boleh didapati dalam tempoh yang ekslusif di iTunes pada 30 November 2015 dan secara seturusnya daripada platform digital yang lain pada 4 Disember 2015. Lagu ini turut terdapat dalam album sulung beliau, “Growing Up Sucks” yang dijangkakan akan keluar pada suku pertama 2016.

Tentang SonaOne

[dropcap]S[/dropcap]onaOne, berdarah kacukan Perancis-Malaysia, merupakan seorang MC, penerbit, penulis lirik dan artis graffiti. Beliau mula berkecimpung di dalam dunia kreatif ini dengan berjinak-jinak dengan cat sembur, meninggalkan hasil nukilan beliau di tembok-tembok sekitar kotaraya. Nama beliau mula dikenali sebagai artis graffiti pada usia seawal 12 tahun.

Di usia 15 tahun, SonaOne telah mula menjadi seorang komposer lagu dan membantu rakan-rakan beliau menghasilkan muzik mereka. Bakat SonaOne yang masih mentah ini mendapat perhatian daripada Joe Flizzow, dan beliau menyertai keluarga Kartel secara rasminya pada tahun 2010. Sejak dari itu, SonaOne tidak lagi menoleh ke belakang dan terus bekerja keras dalam mengembangkan lagi bakat beliau dalam industri muzik ini.

Beliau menghasilkan 4 “mixtapes” dan mendapat lebih daripada tiga juta muat-turun. Penglibatan beliau dalam lagu-lagu seperti “Who Do It Better”, “Havoc” dan “Apa Khabar” bukan sahaja telah membuka mata para pendengar, malah telah mendapat penghormatan yang tinggi dari rakan-rakan seperjuangan dan pendengar di Thailand, Singapura dan Amerika Syarikat.
SonaOne menempa nama dalam sejarah muzik tanahair apabila “single pertama beliau “No More” bukan sahaja merangkul anugerah “Lagu Inggeris Terbaik” di AIM 21, malahan berjaya meraih anugerah “Lagu Terbaik Tahunan”, menjadi lagu Bahaha Inggeris dan genre Hip-Hop yang pertama diberi penghormatan sebegini selama tempoh 21 tahun AIM dianjurkan.

Di samping pemgembaraan muziknya, SonaOne juga merupakan hos rancangan travelog bertaraf antarabangsa “HipHoppinAsia: The Saga Continues” yang memenangi anugerah Videografi Terbaik di Anugerah Skrin 2015 baru-baru ini.

Dipasarkan dan diedarkan oleh Sony-Kartel, “Firefly” boleh didapati di iTunes, Spotify, Youtube and platfom digital lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Cermin Ajaib Dalam Drama Bersiri Kanak-Kanak KLON

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem WHO’S YOUR DADDY