in ,

Kisah Cermin Ajaib Dalam Drama Bersiri Kanak-Kanak KLON

Cuti sekolah pastinya lebih ceria dengan tayangan program menarik yang menepati citarasa penonton cilik dan seisi keluarga. Selain daripada tayangan rancangan hiburan dan filem animasi, drama bersiri juga nyata miliki tempat di hati mereka dengan plot kisah pengajaran dan kekeluargaan yang disampaikan secara santai.

Justeru sepanjang cuti sekolah ini, RTM menyiarkan drama bersiri 13 episod bertajuk “Klon”, terbitan Zeel Production, mulai 8 Disember ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 petang di TV2 menampilkan pelakon Rozita Che Wan sebagai pengetua sekolah juga dibintangi oleh Tasha Shilla, Reza Hasbi, Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Azza Elite juga diarahkan oleh Mazri Mustafa.

Untitled

Episod pengenalannya bermula dengan watak Izwan, Mei Ling dan Raju yang berkawan baik kembali semula ke sekolah setelah tamat cuti persekolahan. Izwan mendapatkan cermin ajaib. Dalam kampung itu ada satu kumpulan budak nakal dikenali sebagai Geng Putih yang sentiasa memakai baju putih iaitu Aiman, Adam dan Danial.

Izwan kembali bertemu rakan-rakan mereka iaitu Mei Lin dan Raju. Mereka berjanji menggunakan cermin ajaib itu ke arah jalan kebaikan. Raju bercadang mahu klonkan duit. Izwan mempunyai seorang abang iaitu Fariz. Mereka kerap bergaduh. Bermulalah proses Raju dan Izwan klonkan duit guna cermin ajaib itu. Setelah di klon, duit itu banyak. Raju dan Izwan mula lupa diri mahu beli macam-macam benda. Geng Putih mula curiga dengan Izwan dan rakan-rakan yang mahu kaya. Mereka cuba siasat tapi gagal. Izwan tersedar soal haram dan halal apabila menggunakan cermin itu.

Episod seterusnya Izwan mahu membantu ibunya yang terpaksa menghadiri dua mesyuarat pada waktu yang sama. Izwan membuat klon ibunya dan hadir dua mesyuarat tersebut. Puan Azza yang sebenar menghadiri mesyuarat PIBG manakala Izwan membawa Klon Ibu ke mesyuarat Persatuan Isteri Solehah. Semua orang pelik dengan sikap Puan Azza (Klon Ibu) yg menjadi pendiam, baik dan mengikut telunjuk.Esoknya, orang kampung berterima kasih kepada Puan Azza yang hadir ke dua-dua mesyuarat. Puan Azza masih pelik.

Apa pula yang berlaku bila mereka menjadikan Klon Buku di mana Izwan telah klonkan buku dan beri percuma kepada Din. Din gembira dengan bantuan itu. Geng Putih cemburu. Dia upah Jali pura-pura miskin dan nak juga buku itu namun kemudiannya Geng Putih menjual buku tersebut dengan harga yang murah.

Ikuti juga kisah mencuit hati bila ada Klon Raju sampai tiga orang yang membuatkan ibunya pengsan berkali-kali. Juga Klon Nenek yang bertujuan membaikpulih hubungan ayah dan ibu Izwan yang berselisih faham.

Impian mereka jadi nyata dengan kehadiran Klon Bintang Bola Sepak bila mereka berjaya menghasilkan Klon bintang bola sepak terkenal Akmal Rizal Ahmad Rakhli sebagai jurulatih pasukan bola sepak mereka. Situasi itu membuatkan Geng Putih terkejut bintang bola sepak negara menjadi jurulatih mereka. Menjelang perlawanan persahabatan, Geng Putih kalah teruk dengan pasukan Izwan.

Untitled

Sebagai seorang pengawas, Izwan dipertanggungjawabkan untuk menjaga kelas-kelas nakal di sepanjang blok bangunan tingkatnya. Kebetulan, pengetua sekolah Puan Che Ta bercuti kerana ada kursus bersama Kementerian Pendidikan di Putrajaya. Hari ketiadaan pengetua, kelas kelas nakal terlampau bising. Geng Putih merancang mahu curi cermin Izwan ketika malam Izwan tidur.

Konflik bermula bila Geng Putih mahu merampas cermin ajaib milik Izwan dan rakan-rakannya. Mereka mahu menghasilkan klon duit, emas dan apa sahaja yang mampu membuatkan mereka kaya raya. Pelbagai cara dan taktik kotor dicuba mereka untuk mencuri cermin ajaib tersebut. Izwan dan rakan-rakannya pula bijak menyembunyikan tempat mereka menyimpan cermin ajaib sebenar.

Hinggalah satu hari Geng Putih terdengar cermin ajaib sebenar disembunyikan oleh Mei Lin kerana mereka percaya orang perempuan lebih cermat menyimpan. Mereka kemudiannya menyamar dan dapat merampas cermin ajaib daripada Mei Lin. Lalu apakah yang berlaku seterusnya? Ikuti kesudahannya hanya di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie GOCOH Angkat Kisah Rasuah Dalam Sukan

SonaOne Lancar Lagu Single Terbaru Berjudul FIREFLY