in , ,

HOMIES oleh SonaOne & Shurkn Pap, Karya Tentang Persahabatan

Penyanyi, pencipta lagu serta penerbit rap tersohor dari Malaysia, SonaOne dan penerbit serta penyanyi rap Jepun Shurkn Pap bergabung buat pertama kali dalam sebuah lagu merentasnegara yang bertajuk, “HOMIES,” yang dilancarkan pada 11 Mac di semua platform penstriman digital.

SonaOne membuka langkah di dalam karya ini dengan menceritakan kisah seorang lelaki yang hanya ingin melepak bersama kawan-kawannya. Namun kemudian teman wanitanya juga ingin turut serta dan menjadi seperti mereka, sambil dilayan dengan baik dan diberikan penghargaan sewajarnya oleh kawan-kawan lelaki yang lain.

Sonaone

Menurut bintang hip hop itu ada inspirasi di balik lagu ini, “Kadang kaum lelaki hanya berkumpul sesama mereka namun apa terjadi tika seorang wanita ingin turut serta? Lagu ini meraikan persahabatan sambil membuktikan teman wanita juga boleh menjadi salah seorang kawan lepak!”

Shurkn Pap yang juga kagum dengan teman seperjuangannya turut serta menyambung jalan cerita tersebut. “Lagu ini terilham dari demonstrasi hebat SonaOne” kongsinya. Penyanyi rap Jepun itu menulis bahagiannya dengan menunjukkan sehari dalam hidupnya di kampung halaman kesayangannya.

“Saya luahkan kehidupan harian saya bersama rakan-rakan saya sambil melakukan apa yang saya kerjakan setiap hari,” katanya. “Saya terharu diberi peluang untuk turut serta dalam karya ini.”

Rangkap lagunya membawa pendengar ke kampung halamannya di Himeji di mana dia menghabiskan masa dengan kelompok teman yang sama, mengenang kembali impian mereka dan mendewasa seperti penulis dan pendidik terkenal Yukichi Fukuzawa, selain mengadakan aneka pesta di rumah sambil memandu keliling kota.

Dengan tema irama hip hop dan R&B West Coast dari era awal 2000-an, karya ini diketuai penerbit Jepun dubby bunny. Santai namun menghiburkan, “HOMIES” adalah sebuah lagu berpesta dan menjemput pendengar untuk santai, berhibur dan menghabiskan masa-masa terindah dengan kawan-kawan – sama ada di jalanan Kuala Lumpur di Malaysia atau di mana jua di daerah desa Himeji, di Jepun.

Projek ini merupakan sebahagian dari projek Future Shock hasil kerja bpm plus asia yang berpangkalan di Jepun dan Brooklyn Yas bersama dengan M.A.U Collective, dalam usaha mendekatkan budaya dan warisan merentas Asia.

Dalam projek terdahulu, M.A.U Collective menggabungkan lebih daripada 10 artis seluruh Asia dengan ajnas latar belakang, serta tenaga yang membawa mereka kepadabpm plus asia bersama harapan untuk menyatukan artis-artis Asia dan menampilkan generasi baharu Future Shock.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ili Sulaiman | 18

Stream The HISTORY Channel Asia’s First Original Podcast Exclusively On SYOK

Samsung | 19

Samsung Bakal Lancar Telefon Pintar Galaxy A Terbaru Pada 17 Mac 2022