in ,

Siti Nurhaliza Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Zamani Slam

Tindakan komposer terkenal pada era 90-an, Saari Amri memuat naik status di laman sosial dipercayai mengaitkan Dato’ Siti Nurhaliza yang tahu mengapa bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Berikutan tindakan Saari itu mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat.

Saari dalam entri di Facebook menulis:

“Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam itu.”

siti-nurhaliza-white-simplysiti

Memetik kenyataan di Berita Harian, Siti memilih pendekatan untuk tidak mengulas lanjut hal berkenaan.

“Saya minta maaf kerana tidak mahu memberi sebarang komen kepada status orang lain dan saya sendiri sifatkan ia tiada kena mengena dengan saya. Saya tidak mahu mencampuri urusan atau hal yang dicetuskan pihak lain,” katanya.

Zamani kini ditahan reman atas kesalahan terbabit selepas ditahan awal pagi Rabu lalu.

Zamani hari ini membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang menyebarkan video penahanannya sehingga menjadi viral di laman sosial.

Sementara itu, menerusi beberapa status terkini pengurus Zamani iaitu, Johan Aziz mengesahkan yang penyanyi itu telah dibebaskan dari tahanan hari ini atas jaminan pihak polis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri NYIUR NAN SETANDAN Lakonan Ezany Nizariff

Spotify Introduce a New Feature Called TOUCH PREVIEW