in , , ,

Selain Permohonan Maaf, Siti Nordiana Tuntut Lan & Syura Bayar RM200,000 Setiap Seorang

Selain Permohonan Maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam, Siti Nordiana Tuntut Lan Solo, isteri kepada Lan, Sheila Hassim; Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek; Aida G & Syura Bayar RM200,000 Setiap Seorang.

Lima individu termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron turut dituntut membayar RM200,000 setiap seorang kepada Siti Nordiana, selain membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam. 

Tiga individu lain yang turut didakwa melemparkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Siti Nordiana ialah isteri kepada Lan, Sheila Hassim; Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek; Aida G. 

“Kami berlima menerima surat tuntutan daripada pihak Siti Nordiana yang meminta agar membuat kenyataan terbuka memohon maaf dalam tempoh 24 jam. Berserta syarat lain selain bayaran RM200,000 setiap seorang,” tulis Sam menerusi kenyataan rasmi. 

Siti Nordiana Terkejut & Dukacita

Difahamkan, notis tuntutan bertarikh 26 Julai itu antara lain menyatakan rasa terkejut dan dukacita Siti Nordiana terhadap kelima-lima mereka kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah. 

Nama Kena ‘Petik’ Dalam Konflik Lan Solo Dan Syura Badron, Siti Nordiana Minta Nasihat Peguam

Kenyataan yang dilemparkan itu juga dikatakan memberi kesan negatif kepada orang ramai dan penaja produk Siti Nordiana hingga menjejaskan reputasinya. 

Rabu lalu, Siti Nordiana berkata dia terpaksa meneruskan tindakan saman terhadap mereka berlima selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut. 

Langkah berkenaan diambil selepas kelima-lima mereka gagal membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam seperti yang diberikan sebelum ini. 

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana memberitahu pihaknya akan memfailkan tuntutan saman terhadap mereka berlima selewat-lewatnya 2 Ogos depan. 

Menurut penyanyi lagu ‘Angkara’ ini, dia terpaksa meneruskan tindakan undang-undang itu kerana ingin membersihkan nama serta imejnya yang sudah tercalar. 

Isu Saman Oleh Siti Nordiana, Akhirnya Syura Badron Buka Mulut

Dalam pada itu Sam turut memberitahu, peguam terkenal iaitu Alan Razak dipilih untuk mewakili mereka dan meneliti lebih lanjut mengenai surat tuntuntan tersebut. 

“Kami telah pun memaklumkan serta menyerahkan surat tuntuntan tersebut kepada peguam kami Alan Razak untuk penelitian lanjut. Hanya setakat ini sahaja kenyataan yang dapat kami berikan. Terima kasih,” ujarnya. 

Untuk makluman, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu. 

Menerusi sesi tersebut Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan. 

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tingkatkan Kesihatan Mental & Atasi Masalah Kemurungan dengan Aplikasi MINDFUL MUSLIM

Barbie® Fashion Reinvention: Dominasi Kanak-Kanak Di Pentas Fesyen