in , ,

Isu Saman Oleh Siti Nordiana, Akhirnya Syura Badron Buka Mulut

Siti Nordiana akan meneruskan tindakan saman terhadap lima individu yang didakwa memfitnahnya pada sesi siaran langsung di Instagram, baru-baru ini selepas mereka gagal membuat permohonan maaf secara terbuka seperti dituntut.

Penyanyi dan juga usahawan kosmetik, Syura Badron meminta netizen untuk tidak menghakimi kehidupannya kerana tiada siapa yang tahu apakah yang dilaluinya selama ini.

Ujar Syura, orang di luar sana hanya mengetahui kehidupannya sebagai penyanyi namun bukan kisah hidupnya.

“Anda pernah mendengar dan lihat apa yang saya pernah buat, tapi tak tahu apa yang saya lalui. Kalau anda berada di tempat saya, anda awal-awal lagi akan kecundang. Jadi, tolong berhenti menghakimi saya.”

– SYURA
Isu Saman Oleh Siti Nordiana, Akhirnya Syura Badron Buka Mulut

Kata-kata itu ditulis Syura menerusi sebuah hantaran di Instagram Story untuk tatapan peminat di media sosialnya itu.

Terdahulu, nama Syura turut terpalit dalam sebuah isu kontroversi bersama empat individu lain termasuklah penyanyi Lan Solo dan isteri, Sheila, jurusolek Aida G. dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.

Dalam kes tersebut, isteri Lan, Sheila ada menyebut nama Siti Nordiana sebagai penyebab mereka tidak memperoleh ‘job’ dalam industri serta dikatakan menumpang populariti penyanyi itu selama ini.

Isu Saman Oleh Siti Nordiana, Akhirnya Syura Badron Buka Mulut

Sehubungan dengan itu, Siti Nordiana telah mengambil pendekatan berdiam diri sebelum tampil memohon permohonan maaf seperti yang disarankan peguam dan jika lima individu tersebut ingkar, dia akan bertindak untuk menyaman.

Namun, setelah gagal menerima permohonan maaf daripada individu-individu terbabit, Siti Nordiana dilaporkan telah mengambil keputusan untuk saman kerana didakwa telah mencemar nama baiknya sebagai penyanyi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nordiana Saman Lan Solo & Syura Selepas Tiada Permohonan Maaf Dalam Masa 24 Jam

Lima Tahun Berlalu, Hari Ini Fara Fauzana Dilamar Semula oleh Hot FM Bersama AG & Fad Bocey