in , ,

Tingkatkan Kesihatan Mental & Atasi Masalah Kemurungan dengan Aplikasi MINDFUL MUSLIM

Buat anda yang mengalami masalah resah gelisah, kemurungan dan kebimbangan melampau ketika mana kita mendepani pandemik Covid-19, Budiey nak berikan cadangan supaya anda menggunakan aplikasi MINDFUL MUSLIM!

MINDFUL MUSLIM ini adalah merupakan aplikasi yang berfungsi sebagai terapi ketenangan dengan cara yang lebih Islamik. Ianya merupakan aplikasi penenang jiwa berteraskan Islam pertama di dunia yang seumpamanya dilancarkan. Sekarang ini, aplikasi ini semakin mendapat perhatian ramai di dalam kalangan umat Islam secara global di mana telah dimuatnaik oleh umat Islam di seluruh dunia terutamanya dari Indonesia, Malaysia, India, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat selain negara-negara Afrika.

Mindful-Muslim

Tentang Aplikasi MINDFUL MUSLIM

Aplikasi Mindful Muslim diasaskan oleh Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih mesra dengan panggilan Mohd Akhtaar, berusia 33 tahun dan berasal dari Singapura. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication. Beliau cukup mengambil berat tentang kesihatan mental muslim di seluruh dunia.

Menurut beliau, kesihatan mental boleh dicapai dengan cara kita kembali mengenali diri kita sebagai hamba di alam dunia ini. Apabila kita mengenali peranan dan tujuan hidup, kita akan mengamalkan cara hidup yang sihat, sentiasa bersangka baik dengan Allah s.w.t, mengenali kebolehan diri dan tahu apa yang kita mampu lakukan. 

Aplikasi Mindful Muslim dikembangkan untuk membantu umat Islam meningkatkan ketenangan emosi dan mental. Aplikasi ini dilancarkan pada bulan Mac tahun 2020 dan telah berkembang pada setiap bulan. Aplikasi ini kini mempunyai lebih daripada 50,000 pengguna dari seluruh dunia termasuk Indonesia, Malaysia, Perancis, UK, AS, India dan banyak bahagian Afrika. Rating 4.9 bintang di GooglePlay dari lebih daripada 3000 review menunjukkan aplikasi ni bagus.

mindful muslim app

Kelebihan Aplikasi MINDFUL MUSLIM

Dalam aplikasi Mindful Muslim ini ada audio yang boleh kita dengar dengan tenang. Ianya sesuai untuk kita semua seisi keluarga ketika mana kita semua mungkin dilanda tekanan, kemurungan, depresi dan sedih tatkala mengharungi pandemik ini. Tak kira siapa anda, samada seorang pelajar, ibu, wanita bekerja, lelaki yang membina karier dan pada zaman pandemik ini, aplikasi ini sesuai untuk ada!

Selain bacaan surah Al-Quran, anda juga boleh mendengar kisah-kisah Nabi dan para Sahabat, zikir-zikir khas, doa-doa yang khusus dan ayat-ayat rukyah. Paling menarik, aplikasi ini juga dapat memperbaiki kitaran tidur kita dengan cara Islam. Jadi dengan itu, ia membuatkan kita lebih dekat dengan Allah s.w.t. 

Pastinya anda akan seronok apabila mendengar kisah-kisah dalam menurut Al-Quran dan Sunnah, semua ini dapat membantu tidur lebih lena, mengurangkan kegelisahan dan menghilangkan kemurungan.

Anda juga boleh buat playlist sendiri dengan apa masalah yang kita hadapi contohnya Pandangan ‘Ain, Pendinding diri, Tekanan perasaan, Melawan sihir, rasa keseorangan, masalah hutang dan banyak lagi. Untuk playlist pula, anda boleh pilih bacaan dari mana-mana Qariah seperti Saad Al-Ghamdi, Mishari Rashid Al Fasy, Abdul Basit Abdul Samad. Anda boleh juga menambah dengan background bunyi seperti bunyian air terjun, titisan air hujan, bunyi angin dan pelbagai lagi.

Mindful-Muslim

Kejayaan, Anugerah & Penghargaaan Yang Diterima Oleh MINDFUL MUSLIM

Aplikasi Mindful Muslim telah menjuarai telah memenangi hadiah Supreme of Auckland, Universiti of Technology Entrepreneurship Competition X Challenge yang berlangsung di New Zealand. Aplikasi ini dilancarkan pada bulan Mac 2020, dan telah berkembang dengan kadar 15,000 pengguna baru setiap bulan. Berdasarkan statistik, muat turun tertinggi adalah dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom dan United Arab Emirates. Pada masa akan datang, beberapa ciri lain akan di bina. Seperti bahagian kaunseling, terjemahan bahasa ke bahasa kebangsaan setiap negara dan fungsi untuk kisah “bedtime story” kanak-kanak yang berpandukan kisah para nabi dan rasul. InsyaAllah.

Mindful-Muslim

Jom Download Aplikasi Mindful Muslim

Download Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mindfulmuslim

Download for iPhone: https://apps.apple.com/us/app/mindfulmuslim/id1503293513

Facebook: https://www.facebook.com/mindfulmuslimapp 

Instagram: https://www.instagram.com/mindfulmuslim.app

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dari Audiologis, Shasa Bina Nama Jadi Penyanyi, Lancar Single Berjudul BIAR JAUH

Selain Permohonan Maaf, Siti Nordiana Tuntut Lan & Syura Bayar RM200,000 Setiap Seorang