in , ,

Barbie® Fashion Reinvention: Dominasi Kanak-Kanak Di Pentas Fesyen

Barbie® berkolaborasi bersama Pereka Fesyen Kittie Yiyi dan Penata Gaya Min Luna dalam Pertandingan You Can Be A Designer. Barbie® Fashion Reinvention Ini Dominasi Kanak-Kanak Di Pentas Fesyen!

Bagaikan mimpi jadi kenyataan buat enam pemenang Pertandingan Barbie® You Can Be A Designer Fashion Reinvention. Bukan sahaja memenangi peluang keemasan belajar bermentorkan Pereka Fesyen, Kittie Yiyi dan Penata Gaya, Min Luna, rekaan asal mereka juga dihasilkan semula secara realiti oleh Kittie Yiyi, istimewa untuk para pemenang dan anak patung Barbie® mereka.

Penyertaan pertandingan dibuka bermula 30 April 2021 hingga 7 Jun 2021 lalu. Sebanyak 85 penyertaan diterima dari seluruh Malaysia dalam dua kategori: Kategori A (5 – 8 tahun) dan Kategori B (9 – 12 tahun). Kesemua peserta menghantar pelbagai rekaan kreatif dengan harapan untuk memukau para juri sekali gus menyerlahkan bakat dan personaliti mereka. 20 penyertaan terbaik disenarai pendek untuk sesi Virtual Presentation, peluang untuk para pereka mempersembahkan rekaan-rekaan mereka secara maya kepada panel juri yang terdiri daripada Kittie Yiyi, Min Luna dan Pengurus Jenama Mattel Continental Asia, Elaine Lim.

Virtual Mentorship with Kittie Yiyi

“Saya sangat teruja dapat bertemu para finalis pada sesi Virtual Presentation yang dijalankan secara maya dan membolehkan kita melihat proses kreatif mereka,”

– Kittie Yiyi

“Saya amat terinspirasi menyaksikan kanak-kanak perempuan seawal 5 tahun begitu berminat dalam rekaan fesyen.

Semestinya ia mengembalikan memori ketika saya kecil dan menjahit pakaian untuk anak patung Barbie® saya. Ia satu pengalaman yang menggembirakan dapat terlibat dalam perjalanan pereka-pereka cilik ini.”

– Kittie Yiyi
Olivia striking poses in her own design made by Kittieyiyi
Olivia striking poses in her own design made by Kittieyiyi

Enam Bakat Fesyen Kanak-Kanak Memenangi Program Mentor Bersama Kittie Yiyi Dan Min Luna

Mereka yang berjaya memukau para juri dan menempatkan diri dalam program mentor terdiri daripada Aleesya Inara, Nina, Khayrah, Alayna, Olivia, dan Umaa Meenaa. Enam pereka cilik itu benar-benar memiliki semangat Barbie® Fashion Reinvention, dengan rekaan kreatif dan sesi pembentangan yang menarik.

Daripada Kategori A, Khayrah (8) menghasilkan gaun yang diilhamkan daripada pakaian PPE sebagai satu bentuk penghargaan kepada ibu saudaranya yang merupakan seorang petugas barisan hadapan; Aleesya Inara (7) dengan rekaan dres berinspirasi donat dengan personaliti matang menyerlahkannya; dan Nina (6) dengan rekaan pakaian pantai berwarna-warni benar-benar menepati karismanya.

Daripada Kategori B, Alayna (9) menyampaikan kisah berkisar perkembangan menerusi dres inspirasi rama-rama yang elegan; Olivia (10) pula memukau juri dengan rekaan bergaya dan praktikal berinspirasikan unicorn; tidak ketinggalan Umaa Meenaa (11) mempersembahkan rekaan inspirasi galaksi menawan, menyerlahkan kemahirannya dalam membentuk dan siluet.

Rekaan-Rekaan Pemenang Dijelmakan Secara Realiti Oleh Kittie Yiyi

Program bersama mentor itu pada asalnya dirancang secara fizikal, bagaimanapun bagi memastikan keselamatan para pemenang dan mentor dalam tempoh pandemik COVID-19 kini, Barbie® memutuskan untuk mengadakan program tersebut secara dalam talian. Setiap pemenang diberikan kit pereka khusus yang lengkap bagi membantu mereka menonjolkan sisi kreatif masing-masing.

Sesi bersama Min Luna difokuskan terhadap menyerlahkan potensi dalaman, mencari keyakinan dan belajar berkenaan gaya peribadi. Sesi bersama Kittie Yiyi pula terarah pada selok-belok industri fesyen, dan dalam masa yang sama membantu mereka menghasilkan rekaan versi saiz anak patung Barbie® masing-masing.

Khayrah striking poses in her own design made by Kittieyiyi

“Ia merupakan pengalaman istimewa buat saya kerana berpeluang meluangkan masa bersama gadis-gadis cilik ini terutama ketika bakat mereka masih hijau,”

– Min Luna

“Saya masih ingat bergelut dengan keyakinan diri ketika seusia mereka, jadi ia merupakan satu peluang berharga dapat memberi galakan dan menanamkan keyakinan dalam diri mereka.

Setiap daripada mereka memiliki keunikan tersendiri dan berpotensi besar. Semestinya peluang ini satu penghargaan untuk saya secara peribadi kerana dapat menjadi sebahagian individu dalam perkembangan bakat mereka dan saya berharap bakat mereka akan terus berkembang sampai bila-bila.”

– Min Luna
Alayna striking poses in her own design made by Kittieyiyi

Kemuncak kempen ini berlangsung dengan Fashion Showcase dalam talian yang menampilkan keenam-enam pemenang berpeluang memaparkan rekaan-rekaan mereka. Kittie Yiyi dan pasukannya berjaya mengatur acara kemuncak ini dengan lancar termasuk menjelmakan kesemua enam rekaan pakaian para pemenang secara fizikal, walaupun dalam kekangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan kerajaan.

Kesemua pereka cilik itu beraksi di ruang tamu rumah masing-masing, dengan gaya menawan dalam persalinan rekaan tersendiri, umpama berada di pentas fesyen sebenar.

“Mattel amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan gadis-gadis cilik ini dalam merealisasikan impian fesyen mereka,”

– Elaine Lim, Pengurus Jenama, Mattel Continental Asia

“Kami juga berbangga dapat menyediakan ruang dan peluang bagi menyatu serta menggalakkan gadis-gadis cilik ini mengekspresikan minat mereka di rumah. Barbie®, sentiasa menjadi inspirasi dan kami percaya pengalaman ini akan kekal diingati mereka sehingga dewasa sekali gus menjadi pembakar semangat kepada kanak-kanak untuk mengejar cita-cita mereka.”

Bagi meneruskan sambutan Kempen Fashion Reinvention, jenama tersebut turut mengumumkan pelancaran Sundays with Barbie®, sebuah siri berepisod secara strim langsung memaparkan wanita-wanita berkaliber sebagai suri teladan golongan muda.

Barbie® menampilkan guru fesyen, Kittie Yiyi dan Min Luna yang bercerita tentang kreativiti; usahawanita fesyen, Veen Dee Tan pula berkongsi perihal keyakinan dan ekspresi diri; tidak ketinggalan model fesyen, Nalisa Alia Amin dan Sonya Danita Charles berbincang topik kepelbagaian dan penerimaan diri.

Setiap panel menggunakan ilmu dan pengalaman masing-masing berkongsi tentang keunikan fesyen sebagai satu medium pemerkasaan diri.

Untuk keterangan lanjut berkenaan Barbie®, kunjungi Facebook [OfficialBarbieSEA], Instagram [@barbie], atau YouTube [@barbie].

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selain Permohonan Maaf, Siti Nordiana Tuntut Lan & Syura Bayar RM200,000 Setiap Seorang

Vokal Hebat Hafiz Suip & Ernie Zakri Dalam Single Terbaru BERAKHIRLAH PENCARIANKU