in , ,

Selepas Netizan Perasan Suami Geleng Kepala, Ain Edruce Jawab Isu Terkinja-Kinja Menari TikTok

Sebenarnya dari dulu lagi video Ain Edruce menari di TikTok telah mengundang kecaman daripada netizen. Terbaharu, selain kelincahan Ain menari, reaksi suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa menggelengkan kepala juga menjadi bahan utama perbualan netizen di media sosial.

Semasa ditemubual media, Ain Edruce tidak melatah dengan komen-komen ‘pedas’ dari wargamaya.

“Saya tak tahu nak komen apa sebab biasalah netizen ada saja benda nak complain. Saya tak boleh nak cakap apa. Yang pasal terkinja-kinja tu, nama pun TikTok. TikTok kan tempat kita untuk menari-nari.”

Jadi, saya rasa tak salah pun kalau saya terkinja-kinja. Kalau tak nak terkinja-kinja, pergi tempat lain.

– Ain Edruce
ain edruce

Suami Tak Halang

Ditanya kenapa Amirul menggelengkan kepala, pelakon drama Kekasih Paksa Rela menyatakan itu adalah respon suaminya apabila diajak untuk sama-sama membuat content.

Katanya lagi, Amirul tidak pernah menyemak atau menghalang kerana setakat ini semua hantaran yang dikongsikannya tidak keterlaluan.

“Sebenarnya Amirul geleng kepala sebab saya ajak dia menari sekali. Amirul tak check pun kalau saya nak kongsi sesuatu di media sosial. Kadang-kadang saya yang tanya dia okey ke tak.”

“Setakat ini, Amirul tak pernah halang saya sebab apa yang saya post tak menaikkan darah dia atau buat dia tak bersetuju. Saya selalu kongsi hantaran yang okey saja, jadi Amirul tak kisah.”

– Ain Edruce

Sebelum ini, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak senang melihat kelakuan Ain yang didakwa tidak menjaga statusnya sebagai isteri dan ibu.

Ain Edruce memang tidak boleh dipisahkan dengan aplikasi TikTok. Mana tidaknya, sebelum melahirkan anak perempuannya, Soraya, Ain sempat memuat naik sebuah video sebagai perkongsian kepada pengikutnya yang sentiasa memberi sokongan.

Terbaru, Ain ada berkongsi rakaman video dia sedang menari untuk kandungan (content) TikTok. Mengenakan pakaian berwarna hitam beserta seluar legging, Ain kelihatan bersemangat dengan mimik mukanya.

Turut sama kelihatan adalah suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa yang sedang menguruskan Soraya. Amirul yang berada di belakang Ain hanya menggelengkan kepala melihat kelakuan isteri tercinta.

ain edruce

Sampai Geleng Dah Suami Dia

Bagaimanapun, video itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Rata-rata warganet menasihati pelakon drama Kekasih Paksa Rela agar menitikberatkan penjagaan aurat dan maruah suaminya.

Di samping itu, ada juga segelintir netizen yang menegur supaya Ain mengubah diri memandangkan statusnya sekarang sebagai seorang isteri dan ibu.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat 4.5 juta tontonan dan hampir 4,000 komen.

Terdahulu, hanya dengan sekali lafaz, pengacara itu selamat diijabkabulkan bersama pasangannya yang juga ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Soraya pada 19 Mei lalu di pusat perubatan swasta.

Sekadar info, Ain dan ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa berkahwin pada 13 Disember 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan Soraya pada 19 Mei lalu di pusat perubatan swasta.

Sumber: Instagram @ainedruce

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Menayangkan Trailer Terbaru Untuk 5 Episod Terakhir MONEY HEIST

Park Seo Jun trending

Park Seo Jun Newly-Appointed Skechers Regional Brand Ambassador