in , ,

Lagu Cinta Kita 3 Gandingkan Kamal Adli & Ain Edruce Sebagai Pengacara

KUASA LAGU MENJADI SAKSI, 2 HATI JADI 1 !

Lagu Cinta Kita 2 telah mencatat rekod kadar tontonan yang tinggi dan trending ketika bersiaran pada era pandemik Covid-19 tahun lepas. Selepas program itu melabuhkan tirai, finalis-finalis juga mula mengorak langkah dalam industri hiburan tanah air dan menerima sambutan yang menggalakkan. 

Diadaptasi daripada program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’, program ‘hybrid music dating’ yang dinamakan sebagai Lagu Cinta Kita untuk versi Malaysia kembali dengan musim ke-3 di TV3 bermula 31 Oktober 2021, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam – 10.30 malam selama 8 episod. Anda juga boleh strim live HD di www tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official

Lck3 Host Poster

Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) diterbitkan bersama dengan kerjasama Motion Content dengan menampilkan CELCOM, FLAVETTES NUTRISKINCARE dan NIVEA sebagai penaja. LCK3 menggandingkan dua selebriti popular sebagai pasangan hos iaitu Kamal Adli dan Ain Edruce. Program ini mengekalkan Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap dan mereka akan ditemani oleh seorang juri jemputan pada setiap episod. Penilaian persembahan terletak di tangan panel juri sepenuhnya.

Menurut Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, “Kejayaan musim lalu yang memperlihatkan beberapa finalis berjaya mencaturkan kerjaya seni mereka seperti Nadeera Zaini, Khareez Kasbah, Ahmad Adly dan Ratu Balqis. Lagu Cinta Kita merupakan program yang unik dimana kami menampilkan peserta-peserta yang berbakat dalam nyanyian untuk disatukan menerusi pilihan lagu dan irama. Selain persembahan duet di atas pentas, mereka juga akan diberikan tugasan yang menguji keserasian sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan antara peserta. Untuk musim baharu ini, kami ingin mempersembahkan sisi personaliti para peserta yang lebih menarik buat tatapan penonton. Program ini juga membuka peluang kepada rakan-rakan penaja untuk bekerjasama dengan kami dalam pendekatan yang lebih kreatif dan berkesan.”

Memperkenalkan Celcom Xpax Tanpa Had Baharu yang dikemaskini dengan lebih Internet Pantas Tanpa Batas. Anda tidak akan lagi kecewa ketika melakukan aktiviti kesukaan anda seperti – strim video, main game, berbual & banyak lagi! Dengan Internet Lebih  Pantas Tanpa Batas, pengguna dapat mengaktifkan pacuan Internet lebih pantas jika menginginkan pengalaman Internet yang lebih lancar. Juga nikmati K-drama, anime, drama tempatan & pelbagai program Asia dengan akses PERCUMA VIP iQiyi.

Lck3 Judges Poster

“Sinonim dengan kesinambungan ‘kesihatan adalah kecantikan’, kami terus memperluas dan meningkatkan kualiti rangkaian penjagaan kesihatan pengguna dengan penambahan elemen kecantikan untuk memenuhi permintaan yang semakin tinggi. Dengan kejayaan Flavettes Effervescent Glow, Duopharma Biotech telah berjaya melangkah ke hadapan untuk membina rangkaian suplemen kecantikan effervescent kami, Flavettes Nutriskincare”, kata Leonard Ariff Abdul Shatar, Pengarah Urusan Kumpulan, Duopharma Biotech Berhad.

NIVEA salah satu jenama penjagaan kulit yang terkenal di dunia sentiasa meneroka peluang untuk meningkatkan semangat dan keyakinan kepada para pengguna di Malaysia dengan rangkaian produk yang berkualiti tinggi. Sejajar dengan matlamat ini, NIVEA berganding bahu dengan TV3 buat kali kedua dalam rancangan Lagu Cinta Kita musim ke-3 untuk memberi petua-petua penjagaan kulit kepada para peserta supaya keyakinan mereka akan bertambah mantap sama ada bertanding di atas pentas untuk menambat hati penonton mahupun menarik perhatian antara satu sama lain ketika bersosial dalam temujanji mereka.  Pengurus Besar NIVEA MYSG, Encik Ng Hock Guan berkata, “Produk NIVEA yang dapat membantu mereka tak lain dan tak bukan adalah Serum Muka Anti-Bintik Hitam Luminous630 yang terbukti berkesan mengurangkan bintik hitam dan garis halus untuk wajah bebas cela serta awet muda. Rangkaian Deodoran NIVEA seperti Black & White Ultimate Impact untuk lelaki dan Extra Brightening untuk wanita pula pasti dapat memberi semangat kencang kerana ia dilengkapi dengan kuasa 5X Perlindungan dan wangian berkekalan yang terjamin.”

Seperti musim lalu, para peserta Lagu Cinta Kita tidak akan mengetahui siapakah pasangan duet masing-masing sehingga berada di atas pentas. Pencarian peserta musim ketiga telah berlangsung secara atas talian dari 24 Julai 2021 hingga 25 September 2021. Ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang masih bujang dan sedang mencari cinta, berumur antara 18 hingga 35 tahun dan berbakat dalam nyanyian. Ia adalah satu bonus kepada mereka yang pandai bermain alat muzik. Mereka yang berminat telah muat naik video nyanyian di akaun Instagram masing-masing dengan menggunakan #LaguCintaKita3. Hanya 100 peserta disenarai pendek daripada jumlah penyertaan di atas talian untuk hadir ke sesi uji bakat tertutup.

Di pusingan awal LCK3, 20 peserta akan dipadankan kepada 10 pasangan duet di episod 1 & 2. Mereka dipadankan dengan pasangan duet mengikut pilihan lagu yang sama. Di awal persembahan, mereka akan bernyanyi di dua pentas yang berbeza. Mereka memerlukan undian daripada juri tetap dan juga juri awam untuk mengalihkan pemisah di antara pentas mereka. Barulah para peserta dapat melihat wajah pasangan duet mereka. Selepas itu, persembahan mereka perlu mendapatkan undian daripada kesemua juri supaya pentas dicantumkan dan mara ke pusingan seterusnya. Para peserta akan berhadapan dengan sesi penyingkiran di setiap episod. 

Juara Lagu Cinta Kita 3 bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM 50,000, manakala tempat kedua berjumlah RM 30,000 dan  tempat ketiga berjumlah RM 20,000. 

Lck3 Poster

Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) diterbitkan bersama dengan kerjasama Motion Content dan TV3 dengan menampilkan CELCOM, FLAVETTES NUTRISKINCARE dan NIVEA sebagai penaja, Hot FM sebagai rakan radio rasmi serta Oh Bulan & Xtra sebagai rakan digital. 

LCK3 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Shazreena Binti Mohd Kassim sebagai penerbit eksekutif dan Muhammad Saiful Bin Saharudin sebagai penerbit.Saksikan Lagu Cinta Kita 3 bermula 31 Oktober 2021, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 10.30 malam atau strim live secara HD di www.tonton.com.my dan Youtube TV3Malaysia Official. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia dan Instagram @LaguCintaKitaOfficial. Gunakan #LaguCintaKita3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Red Rahimad | 19

Red Rahimad ‘Gunakan’ Ezad Lazim dalam CELUP

Gadgetmodel Hiasan | 20

Minah Salleh Berang Dihalang Masuk Butik Dior Suria KLCC Gara-Gara Tak Pakai Mask