in , ,

Sekitar Malam Penghargaan Majlis Makan Malam PAKARHR 2023

Pada 20 Disember yang lalu, Budiey sempat menghadiri satu majlis makan malam anjuran PakarHR Sdn Bhd yang diadakan di Grand Banquete Hall, Utm Hotel & Residence.

PakarHR Sdn Bhd adalah merupakan sebuah syarikat penyedia Latihan dan konsultansi yang diusahakan oleh pasangan suami isteri Tuan Hisham Wahab dan Puan Salwa Azlan sejak tahun 2017. 

Sepanjang penubuhan PakarHR, syarikat ini telah memberikan servis kepada 2530 buah syarikat SME dan korporat dan telah hampir 30,000 orang peserta program telah mendapat manfaat dari program-program yang dijalankan oleh PakarHR. 

Antara program-program yang dijalankan oleh PakarHR adalah seminar online dan offline berkaitan pengurusan pekerja dan pembinaan pasukan, program konsultansi kepada syarikat korporat dan SME serta program teambuilding kepada NGO, agensi kerajaan dan syarikat-syarikat. 

Pada tahun 2020 apabila berlakunya covid-19, PakarHR telah menukar method program kepada online dan terlahirlah program Mentoring PakarHR yang mana usahawan-usahawan yang mengikuti program ini dibimbing selama 12 bulan dalam program Masterpiece Of Team A+ (MATA+). 

Setiap bulan usahawan akan mengikuti kelas online selama 2 hari dan kemudiannya ada tugasan yang perlu mereka selesaikan untuk dinilai oleh PakarHR. Dalam program ini usahawan diajar cara pengurusan pekerja dan ahli pasukan yang betul dan tidak melanggar mana-ana akta dan peraturan. 

Pada tahun berikutnya, PakarHR menambahbaik modul Mentoring PakarHR dengan memperkenalkan program Leadership Accelerator Program (LEAP) yang memfokus kepada pembangunan kepimpinan dan kemahiran bagaimana menjadi ketua pasukan. 

Yang terbaru PakarHR memperkenalkan program ALPHA Mentoring yang lebih memfokuskan kepada perkembangan organisasi dan penyusunan strategi bisnes. Sepanjang program-program Mentoring dijalankan, lebih dari 200 orang usahawan telah dibantu dan Berjaya menunjukkan perkembangan prestasi perniagaan yang membrangsangkan. 

Program PakarHR Appreciation Dinner ini diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf pencapaiaan cemerlang 20 buah syarikat yang mengikut program Mentoring. Semua usahawan yang Berjaya terdiri daripada pelbagai latar belakang perniagaan sama ada penghasilan produk ataupun syarikat yang menawarkan perkhidmatan. 

Program ini dirasmikan oleh YB Mohd Sany Hamzan, Ahli Parlimen Hulu Langat merangkap Timb Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Nasional (TEKUN). 

Selain itu antara tetamu kehormat yang hadir adalah Datuk Nik Hasyudeen Bin Yusoff, Pengarah Bank Islam Malaysia Berhad dan Datuk Samsul Bin Husin, CEO SAGA Cloud Sdn Bhd. 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang anugerah, semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat dan motivasi untuk mereka terus berjaya dimasa hadapan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Insan Ku Sayang Kini Menghilang Single Duet Afieq Shazwan & Tajul 

BUNGA CITRA LESTARI

Bunga Citra Lestari Rai Tahun Baru Di Tanah Suci, Syukur Dapat Tunai Umrah