in , ,

Insan Ku Sayang Kini Menghilang Single Duet Afieq Shazwan & Tajul 

Terbaru Afieq Shazwan dan Tajul telah melancarkan single duet (cover) berjudul Insan Ku Sayang Kini Menghilang.

Ini merupakan lagu ke 5 bagi tajul serta Afieq dalam menjayakan projek lagu lagu tribute Istimewa  sempena mengenang zaman kegemilangan Allahyarham Achik Spin

“Kalua nak ikutkan vokal memang saya akui Allahyarham abang saya memang hebat, saya sendiri kagum dengan vokal dan cara nyanyiannya. Tapi sebagai adik beliau, saya sampaikan lagu – lagu ni mengikut cara dan kesesuaian vokal saya. Dan Alhamdulillah peminat suka dan mendapat sambutan tontonan di Youtube”

– Tajul

Insan Ku Sayang Kini Menghilang merupakan lagu tribute ke 4 Tajul duet bersama Afieq. Manakala sebuah lagi  lagu tribute  – Mengusung Rindu,  tajul rakamkan bersama Haqiem Rusli, Zack Zakwan dan Afieq Shazwan.

Bagi Afieq Shazwan pula yang telah merakamkan 7 buah lagu cover termasuk 5 lagu tribute buat Achik Spin berkata

“Afieq bersyukur kerana telah dilibatkan dalam projek Istimewa ini. Actually ianya satu kebanggaan buat insan seni yang kerdil seperti Afieq bila diberi peluang untuk nyanyi balik lagu artis yang sangat popular Ketika dulu.

Tambahan pula bagi Afieq, Achik dan kumpulan Spin ni ibarat jaguh lagu lagu leman di zaman kegemilangan mereka. Keluar je lagu baru sure meletop kat radio.

So memang saya bangga la sebab sekarang saya pula yang nyanyi lagu lagu tu walaupun versi duet”

– Afieq Shazwan.
Insan Ku Sayang Kini Menghilang Single Duet Afieq Shazwan & Tajul

Namun dalam pada itu terdengar desas desus tentang perancagan Afieq Shazwan dan Baby Shima untuk berkolaborasi tak jadi. 

“Actually saya sendiri ada bertanya secara langsung  dengan Baby Shima, Jom kita Duet nak dalam 1 lagu, dan cadangan saya itu disambut baik oleh Baby Shima. Kebetulan saya ada dengar tentang projek lagu duet tribute – Resipi Berkasih.

So saya pun cadangkanlah pada Baby Shima. Dan lepas itu saya dah ajukan perkara itu pada FMC Music agar lagu duet Resipi Berkasih saya nak duet dengan Baby Shima. But entah kenapa tak jadi pula.

Memang sy agak kecewa juga la. Sebab bagi saya secara peribadi,  saya inginkan sesuatu kelainan dan rakan duet baru. Tambahan pula saya dengan  Baby Shima memang dah saling kenal sebelum program Astro Big Stage lagi. Apa pun saya anggap mungkin belum masanya dan tunggu untuk sigle seterusnya In Sya Allah. Baby Shima tunggu kejap ya Baby

– Afieq Shazwan.
Insan Ku Sayang Kini Menghilang Single Duet Afieq Shazwan & Tajul

Istimewa buat peminat Kumpulan SPIN, FMC Music turut  menampilkan anggota  Kumpulan Spin yang terdiri daripada Ayie, Tal dan Raymie di dalam muzik video terbaru Insan Ku Sayang kini Menghilang nyanyian duet Tajul dan Afieq Shazwan ini. Semoga ianya dapat mengubati rindu peminat pada Kumpulan SPIN. 

Muzik Video dan lagu duet – Insan Ku sayang Kini Menghilang ini sudah boleh ditonton di saluran Youtube FMC Music dan didengar disemua saluran muzik – radio dan digital  semenjak  dilancarkan 3 minggu yang lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy S24 Ultra Kelihatan Paling Menawan Dalam Titanium Grey 

Sekitar Malam Penghargaan Majlis Makan Malam PAKARHR 2023