in ,

Bunga Citra Lestari Rai Tahun Baru Di Tanah Suci, Syukur Dapat Tunai Umrah

Penyanyi dan pelakon Indonesia Bunga Citra Lestari berkongsi foto bersama suaminya, Tiko Aryawardhana yang kini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci.

Menerusi hantaran di Instagram milik BCL, turut dilihat anak lelakinya, Noah Aidan Sinclair dan ibu BCL, Emmy Muchlis juga bersama-sama mengerjakan ibadah umrah itu semalam.

Di ruangkan kapsyen, BCL meluahkan rasa syukur dapat menunaikan umrah pada malam terakhir 2023 selain mengucapkan selamat tahun baru kepada pengikutnya.

“Alhamdulillah, umrah pada malam terakhir di tahun 2023.

“Terima kasih tahun 2023, sangat menakjubkan. Selamat tahun baharu,” ujarnya.

Terdahulu, suami pertama BCL iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair pernah mendedahkan impiannya untuk membawa isteri serta anak tunggal mereka menunaikan umrah pada Ramadan 2019.

Namun hasrat tersebut kesampaian apabila Ashraf dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari 2020 susulan serangan jantung di kediaman mereka di Jakarta, Indonesia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Malam Penghargaan Majlis Makan Malam PAKARHR 2023

Spesifikasi Samsung Galaxy S24 Ultra, S23+ Dan S23 Tertiris Sepenuhnya