in

Sekitar Konsert LoudSpeaker di Stadium Merdeka

Konsert Loudspeaker yang berlangsung malam tadi di Stadium Merdeka agak kurang meraih perhatian umum walaupun ia menampilkan empat penyanyi hebat iaitu kumpulan Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter serta FaizalTahir & Royale FT Force.

Menurut wakil penganjur Red Garage Group Sdn Bhd, Dira Abu Zahar, walaupun sambutan yang diberikan penonton tidak mencapai sasaran, namun ia sedikit pun tidak melemahkan semangat mereka.

“Saya tidak melihat konsert ini sebagai satu kegagalan sebaliknya satu platform mendidik pencinta muzik dalam menghargai konsert berbayar. Untuk sukses ke arah itu ia memerlukan masa dan saya percaya jika penganjur berani melakukan seperti apa yang telah kami buat malam ini, kita dapat membantu perkembangan industri muzik tempatan.

Pada konsert tersebut, lebih kurang 3,000 penonton sahaja yang hadir pada malam itu dan difahamkan ia berpunca daripada segi harga tiket yang dikatakan agak mahal iaitu RM77 dan RM222 untuk VIP selain ia berlangsung pada cuti umum.

Pemilihan artis yang kurang menekankan golongan 25 tahun ke bawah serta kelompok peminat yang berbeza ideologi juga antara faktor mengapa konsert ini kurang berjaya meskipun persembahan artis bertenaga dengan paduan muzik mantap.

Bagaimanapun, tambah Dira, percubaan pertama pihaknya menjayakan konsert berbayar dikira berjaya dan berpuas hati dengan pengurusan produksi yang dilakukan bersama krew-krew lain.

“Secara peribadi, saya sangat berpuas hati daripada segi persembahan. Ini bukan pengakhiran sebaliknya permulaan. Bagi saya, rakyat Malaysia terlalu di manjakan dengan konsert percuma dan kita perlu berubah senario berkenaan,” katanya. via Mstar Online

Jam 7.40 malam: Budiey sampai di perkarangan Stadium Merdeka. Yang beratur tak sampai 200 orang. Agak kurang sambutan, walaupun barisan persembahan Konsert LoudSpeaker ini dari otai rock dan rockers handalan negara termasuklah Wings, XPDC, Faizal Tahir dan Azlan & The Typewriter.

Jam 8 malam: Semua pemilik tiket dibenarkan masuk ke dalam Stadium Merdeka. Penonton tidak sampai 10% yang memenuhi padang stadium.

VIDEO Show Wings:

VIDEO Show XPDC:

Menurut press release yang diedarkan kepada media, Konsert LoudSpeaker akan dibuka dengan lagu-lagu popular dari Faizal Tahir – Cuba, Bencinta, Karma & Selamat Malam.

Jam 8.50 malam: Lampu stadium ditutup. Kelihatan kelibat Dira Abu Zahar muncul di tengah pentas. Sambil Dira bertanya dan beramah mesra serta berkomunikasi dengan peminat yang sudah mulai teruja untuk menunggu rockers buat persembahan. Dira ditemani oleh kumpulan Boboi – Afdlin Shauki & Harun Salim Bachik.

Jam 9 malam: Kumpulan Boboi & Dira masih berada di pentas. Buat lawak & nyanyi lagu-lagu yang bukannya dari genre rock. Tapi rock ala tomey-tomey kata dia. Ada media mengeluh, macam tak kena dengan konsep rock pulak bila konsert dimulakan dengan lawak jenaka.

Jam 9.10 malam: Selepas hos mengumumkan konsert LoudSpeaker bermula, penayangan montaj di layar besar di sebelah kiri dan kanan pentas. Menayangkan nama-nama rockers yang akan buat persembahan malam ni.

Faizal Tahir sedang menyanyikan lagu Coba dengan penuh perasaaaaann. Mutu bunyi dirasakan sangat bagus.

Jam 9.15 malam: Selepas bawa lagu Cuba, Faizal Tahir mula berkomunikasi dengan audien. Antaranya dia bertanya, siapa yang datang paling jauh? Dari Kelantan?

Jam 9.20 malam: Faizal Tahir membawa pula lagu Bencinta. Sangat best performance.

Jam 9.26 malam: FT memperkenalkan semua pemuziknya dari Royale FT Force #LoudSpeaker.

Jam 9.30 malam: Lagu Karma dinyanyikan terus mencipta momentum permainan vokal FT yang dahsyat.

Jam 9.30 malam: Lagu Selamat Malam dari Faizal Tahir. Kawalan vokal dari Faizal Tahir dan irama lagu SELAMAT MALAM yg meletop berpadu menjadi #LoudSpeaker ini lebih LOUD

Jam 9.40 malam: Sesi FT tamat, kini sementara menunggu kumpulan Azlan & The Typewriter, ada permainan ap oleh seorang pakar api.

Jam 9.45 malam: Azlan & The Typewriter memulakan showmanship yg sangat LOUD dgn lagu Kelibat Si Penyair.

Jam 9.48 malam: Lagu Apa Ini, sebuah lagu baru dari Azlan & The Typewriter. Memang tak pernah dengar pun sebelum ni. Lagu rock heavy.

Jam 9.50 malam: Lagu Untukmu dari Azlan & The Typewriter. Vokal power Lan diekspoitasi sepenuhnya untuk lagu ini. Permainan lampu dan penata cahaya juga boleh tahan jugak la.

Jam 9.55 malam: Sebagai kejutan kepada peminat, Azlan & The Typewriter bawa semula lagu Teratai dr Ramli Sarip Sweet Charity dlm versi metal yg kaw kaw punya. Tp takde la rosak lagu tu. Sangat LOUD rasanya.

Jam 10 malam: lagi la LOUD bila Lan nyanyi Jeritan Batinku. mutu vokal semua rockers yg perform setakat ni semuanya tak rabak tapi sayang…. tak ramai yg dtg tgk live.

Konsert LoudSpeaker

Jam 10.15 malam: Kumpulan XPDC bawa lagu-lagu seperti Ulat dan Kulat, Samurai, King Al-Mondoque, Sakinah. Untuk segmen kedua pula, Mael, Zua, Amy & Izo bergabung bawa lagu Selendang Merdeka, Apa Nak Di Kata, Titian Perjalanan dan Semangat Yang Hilang. Diselangi dengan lagu-lagu popular seperti Cekal, Hijau Bumi Tuhan, Bukan Milik Aku dan Hidup Bersama.

Jam 11.30 malam: Dibuka dengan persembahan instrumental dari Wings dengan lagu Watari. Kumpulan Wings menutup Konsert LoudSpeaker dengan lagu-lagu yang best. Siapa yang tak tahu dengan lagu Opera Hidup, Hukum Karma, Ranggi Metropolis, Inspirasi Taming Sari, Romania, Taman Rashidah Utama, Sejati dan Peronda Jaket Biru.

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Konsert LoudSpeaker

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Ambang 2012

Adele’s Live At The Royal Albert Hall