in

Rockaway Fest: The Saga Continues 2016

Festival Rockaway akan turut menyajikan satu persembahan mengejut bagi memberi peluang kepada para peminat menyiapkan diri untuk Rockaway Fest: The Saga Continues, diikuti dengan parti BBQ yang bakal dihoskan oleh Taking Back sebagai acara penutup setelah usainya festival tersebut.

The Livescape Group hari ini mengumumkan dua Parti Rahsia Rockaway yang bakal berlangsung sebelum dan Rockaway Fest: The Saga Continues pada 19 November di Extreme Park, Bukit Jalil yang bakal menampilkan barisan legenda muzik seperti Alleycats, Zainal Abidin, Butterfingers bersama kumpulan dari Amerika Syarikat seperti Third Eye Blind, Taking Back Sunday, dan The Get Up Kids.

Parti Rahsia Rockaway yang pertama merupakan majlis tertutup yang bakal berlangsung di The Bee, Publika, Kuala Lumpur pada 17 November. Pada majlis tersebut, satu persembahan mengejut dari salah satu kumpulan rock legenda Malaysia bakal menghiburkan para tetamu.

Usia festival Rockaway Fest: The Saga Continuest, kumpulan Taking Back Sunday bakal menjadi hos pada parti BBQ yang dijadualkan berlangsung di The Bee, Publika pada 20 November. Pada majlis tertutup tersebut, Taking Back Sunday juga akan mempersembahkan 12 lagu dari album terbaru mereka, Tidal Wave, secara “live” buat julung kalinya. Oh Chentaku dan One Buck Short juga bakal membuat persembahan selain kumpulan rock alternatif popular tersebut.

Parti Rahsia Pra-Rockaway Menjanjikan Persembahan Istimewa Dari Salah Satu Nama Yang Bakal Menggegarkan Konsert Rockaway Dan Parti Bbq Yang Akan Dihoskan Oleh Taking Back Sunday

Para peminat Rockaway dapat membuat sedikit persiapan untuk konsert pada 19 November ini atas kerjasama Hotlink, selaku Rakan Telekomunikasi Rasmi Festival Rockaway. Hotlink telah bekerjasama dengan beberapa kumpulan yang bakal membuat persembahan agar para peminat dapat menyanyi bersama kumpulan pujaan mereka melalui applikasi karaoke Sing! by Smule. Peminat kini dapat berduet dengan artis-artis rock seperti Dato’ Zainal Abidin, Dato’ David Arumugam dari kumpulan Alleycats, Noh Salleh (Hujan), Fuad (Kyoto Protocol), atau Mooky (One Buck Short).

Bukan setakat itu sahaja, mereka yang mendendangkan lagu hit Hijau bersama Dato’ Zainal Abidin melalui applikasi Smule bakal dipilih untuk dijemput membuat kemunculan istimewa di dalam seebuah klip video istimewa, bersama artis legenda tersebut beserta artis-artis Rockaway yang lain. Pelanggan Hotlink juga layak untuk mendapat diskaun sebanyak 10% bagi setiap pembelian/langganan melalui applikasi kesukaan, termasuk Sing! By Smule.

Tiket-tiket untuk Fasa 1 bagi festival tersebut telah habis dijual. Kini tiket-tiket Fasa 2 telah berada di pasaran dan sedang laris dijual. Ini mungkin kerana festival Rockaway ini juga dapat mengembalikan nostalgia gemilang dengan kemunculan semula Butterfingers, yang bakal membuat persembahan pada ulangtahun ke-20 album terlaris mereka, 1.2 milligrams.

Turut bersama mereka ialah kumpulan One Buck Short (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-15), bintang legenda Malaysia, Datuk Zainal Abidin (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-30), Alleycats dan a persembahan istimewa dari Kyoto Protocol bersama Man Bai yang telah lama tidak beraksi.

Antara lain yang bakal muncul di Festival Rockaway ialah kumpulan seperti Third Eye Blind, Taking Back Sunday, The Get Up Kids, LyMe, Oh Chentaku dan banyak lagi.

Rockaway The Saga Continues didukung oleh Malaysia Major Events, satu divisyen di bawah Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayan, Malaysia. Turut didukungi oleh DCODE (Rakan Kongsi Rasmi), Hotlink (Telekomunikasi Rasmi), RedBull (Minuman Tenaga Rasmi), RedBox dan GreenBox Karaoke (Rakan Media Rasmi), Intercontinental Kuala Lumpur (Hotel Rasmi), MTV (Rangkaian Muzik Rasmi), BFM 89.9 (Stesen Radio Rasmi), Sinar FM (Stesen Radio Rasmi) dan Hitz FM (Stesen Radio Bersama).

Untuk maklumat lanjut bagi kedua-dua persembahan rahsia dan cara mendapatkan jemputannya, atau untuk mendapatkan tiket (RM168++) bagi Rockaway Fest: The Saga Continues pada 19 Nov, layari www.rockawayfest.com atau www.facebook.com/rockawayfest. Atau ikuti Instagram Rockaway melalui @RockawayFest.

Pautan kepada applikasi Sing! by Smule Hotlink berkaitan artis-artis Rockaway: https://www.youtube.com/watch?v=RmvZ2a3yukQ
Hashtags rasmi untuk Rockaway 2016:

#Rockaway2016
#RockawayReturns
#RockawayGoesBIG

Laman web rasmi: www.rockawayfest.com
Laman Facebook rasmi: www.facebook.com/rockawayfest.com
Instagram Rasmi: @RockawayFest
Laman rasmi tiket: www.galactix.asia/rockawayfest

Rockaway The Saga Continues Line Up
(19 November @ Extreme Park, Bukit Jalil)
• Alleycats
• Artefacts
• Butterfingers (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-20)
• Datuk Zainal Abidin (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-30)
• Deja Voodoo Spells menampilkan Bumblefoot dan 11 Piece Book of Spells Orchestra
• Daarchlea
• Dirgahayu
• Eat Sh*t & Die
• Force Vomit (SG)
• Hujan X Radhi OAG
• Killeur Calculateur
• Kyoto Protocol menampilkan Man Bai
• LyMe
• M.U.Z.E.
• Oh Chentaku
• One Buck Short (Ulangtahun Istimewa Rockaway ke-15)
• Pitahati
• Pop Shuvit menampilkan Dave Kennedy
• Prana
• Son of a Policeman
• Speedwitches
• Taking Back Sunday
• The Changcuters (ID)
• The Get Up Kids
• The Summer State (SG)
• Third Eye Blind
• Tokokilat
• WTNSS

Harga-harga tiket:

Jenis dan Maklumat Tiket: Harga
• Am RM168
• Di pintu masuk RM208
*Harga tidak termasuk yuran tiket dan 6% GST
About Malaysia Major Events

Malaysia Major Events (MME) adalah sebuah divisyen dari Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia (KPKM). MME ditubuhkan dibawah Program Transformasi Ekonomi Kerajaan untuk mengenalpasti, mempromosi, membantu dan memberi sokongan kepada majlis-majlis antarabangsa yang dianjurkan di Malaysia.

Untuk keterangan lanjut, layari www.mymajorevents.com.my dan www.facebook.com/MyCEB, twitter @MyMajorEvents dan Instagram @mymajorevents

About The Livescape Group
The Livescape Group ialah sebuah kumpulan syarikat penganjur majlis kreatif yang berpaksikan remaja dan muzik. Fokus syarikat ini ialah membuahkan konsep dan merealisasikan idea-idea kreatif sebagai landasan untuk beberapa jenama terkemuka di dunia. Kami bukan syarikat yang biasa-biasa sahaja, tetapi kami berani mencuba idea-idea baru. Dengan kepercayaan inilah yang telah menjadikan kami salah satu pemain utama di dalam bidang penganjuran majlis bersiaran langsung di pasaran Malaysia dan Asia Tenggara
The Livescape Group juga terbahagi kepada:
• Livescape Singapore Pte. Ltd.
• Livescape Events
• After Dark Agency

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Review Hotel Adimulia Managed by Topotels, Medan

#JuaraRock Bakal ‘Runtuhkan’ Pentas 3 Juara