Pushing Daisies Premier Exclusive On 8TV

Malam Selasa anda akan menjadi lebih meriah apabila 8TV membawakan kepada anda sebuah lagi siri drama luar biasa hebatnya, Pushing Daisies, yang akan mula bersiaran di kaca TV anda bermula pada 10 June 2008, jam 9.30 malam.

Idea untuk melahirkan siri ini datang dari Bryan Fuller (Dead Like Me and Wonderfalls) dan turut pernah tercalon dalam majlis anugerah Golden Globe dipenuhi dengan pelbagai garapan komedi, fantasi dan juga misteri. Pushing Daisies pasti akan dapat menghibur para peminat dan juga penonton 8TV dengan sembilan episod kesemuanya.

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim:

“Berdasarkan kepada beberapa kemenangan yang telah berjaya dirangkul oleh drama bersiri Pushing Daisies ini pasti akan dapat menghiburkan para penonton kami apabila ia mula di tayangkan di 8TV. Antara Anugerah yang telah dirangkul ialah Siri Baru Terbaik (kategori keluarga) dan Siri Televisyen Baru Terbaik (kategori komedi dan muzikal) di Satellite Awards 2007.”

PUSHING DAISIES
Dipenuhi dengan unsur-unsur misteri dan fantasi, drama romantik ini juga memaparkan pelakon-pelakon yang berbakat serta popular seperti Lee Pace (Waterfalls) dan Ana Friel (Goal!) yang sebelum ini kedua-duanya pernah dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik masing-masing untuk tahun ini bagi Anugerah Golden Globe,” ujar Kim.

Baru-baru ini juga, siri drama Pushing Daisies telah dinobatkan sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dan paling popular di United Kingdom. Bukan itu sahaja, rancangan ini juga menjadi rebutan di ITV1 (Amerika Syarikat) serta popular di laman web di United Kingdom.

SENTUHAN YANG MENGUBAH SEGALA-GALANYA
Diilhamkan oleh Jim Dale (The Jim Dale Show), Pushing Daisies mengisahkan tentang kehidupan Ned (Lee Pace), seorang pembuat pai yang penuh dengan misteri dan kejutan -apabila dia berupaya untuk menghidupkan sesuatu yang telah mati dengan hanya menggunakan sentuhan saja.

Ned mula menyedari tentang kebolehan istimewanya itu apabila dia masih kecil lagi apabila dia berjaya menghidupkan semula anjingnya, Digby selepas ia dilanggar oleh lori. Walau bagaimanapun, kebolehan istimewanya itu hanya berlaku apabila terjadinya perkara-perkara tertentu sehinggalah akhirnya dia sendiri yang mengetahui tentang kebolehannya itu.

Ned juga telah menyedari bahawa jika sesuatu benda yang telah dihidupkan semula lebih daripada 1 minit, dan jika ia disamakan dengan nilai kehidupan, ia telah dianggap sebagai mati. Dia juga telah mempelajari bahawa jika dia menyentuh semula benda yang telah dihidupkan untuk kali yang kedua, ianya akan mati semula selama-lamanya.

Disebabkan oleh perkara tersebut, ini telah menyebabkannya lebih berwaspada untuk menghampiri sesiapa pun. Sementelahan itu, hidupnya menjadi lebih rumit apabila seorang penyiasat persendirian bernama Emerson Cod (Chi Mcbride) telah menyedari tentang kebolehan istimewanya itu dan cuba untuk memujuk Ned supaya menolongnya untuk menyelesaikan kes-kes pembunuhan dengan menghidupkan semula si mati untuk mengetahui pembunuh sebenarnya.

Sementara itu, kehidupan Ned telah berubah selama-lamanya apabila dia mengendalikan sebuah kes pembunuhan sahabat baiknya semasa dia membesar. Charlotte “Chuck” Charles (Anna Friel), yang dibunuh dengan penuh tanda tanya di sebuah kapal persiaran. Selepas menghidupkannya semula, Ned tidak sampai hati untuk ‘menyentuhnya’ buat kali yang kedua.

Chuck sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk hidup semula dan kejadian ini memberi kelebihan kepada Ted untuk bercinta dengan Chuck buat kali kedua. Walau bagaimanapun kegembiraan mereka berdua seperti terhalang kerana Ned tidak boleh menyentuh Chuck atau dia akan mati selama-lamanya.

Bagaimanakah Ned dan Chuck akan terus bertahan dengan cinta tanpa sentuhan ini? Adakah Ned akan terus bersama dengan Chuck melalui bantuan penyisat persendirian Emerson untuk mengenal pasti pembunuh sebenar Chuck?

Jadi pastikan anda menjadi saksi kepada misteri kes pembunuhan serta kisah cinta yang rumit di antara Ned dan Chuck dengan menonton Pushing Daisies, eksklusif hanya di 8TV pada setiap hari Selasa pada jam 9.30 malam bermula pada 6 Mei 2008 atau secara alternatif melalui Astro saluran 708.

[tags]Pushing Daisies, tiket aim, Dead Like Me and Wonderfalls, Bryan Fuller, The Jim Dale Show, Jim Dale, Charlotte, 8tv, heart, tips, tricks, gadget blogger, limcf, afgan, profile, video klip afgan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Sidang Media Father’s Day Celebration With Sweet Charity

Gambar Noryn Aziz di Minggu Setiausaha Luncheon Special Hotel Quality