Sekitar Sidang Media Father’s Day Celebration With Sweet Charity

Pada 17 April lalu, Budiey telah menghadiri majlis sidang media Father’s Day Celebration With Sweet Charity diadakan di Mawar Lounge, Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 4 petang. Turut hadir, penyanyi atau vokalis grup ini iaitu Ramli Sarip.

Majlis bermula dengan memperkenalkan ahli kumpulan yang terdiri daripada Rahman Sarbani (Pemain Drum), Wan Ahmad (Gitar), Ramli Sarip (Vokal), Ahmad Jaafar Jawahir – AJ (Keyboard dan Vokal 2), Masron Abdul Hamid (Yong) (Keyboard) dan Rosli Mohalim (Gitar).

Rasanya, korang semua mengenali grup band ini. Kumpulan ini pernah melakarkan sejarah tersendiri apabila album mereka terjual sebanyak 50,000 unit. Lagu-lagu seperti Pelarian, Kamelia, Musibah dan Zakiah menjadi siulan anak-anak muda sekitar akhir tahun 70 an dan awal 80 an. Siapa lagi kalau bukan, Sweet Charity yang kini telah menjangkau 39 tahun penglibatan mereka di dalam industri muzik tanah air. Mereka pernah dituduh membawa ‘budaya kuning’ hanya kerana penampilan mereka sebagai penghibur genre rock berimej rambut panjang. Namun tuduhan itu tidak pernah melemahkan semangat mereka untuk memperjuangkan irama rock.

Kini mereka kembali untuk menghiburkan para bapa di Majlis Sambutan Istimewa Hari Bapa pada 14 dan 15 Jun, bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Inilah penyatuan semula kumpulan ini di era millineum selepas mereka mengadakan konsert Sejuta Wajah di Dataran Merdeka pada tahun 1996.

Pada 14 Jun itu nanti mereka akan mengadakan persembahan makan malam yang dijadualkan bermula jam 8.30 malam. Pada mereka yang berminat untuk meraikan bapa mahupun menyaksikan persembahan SweetCharity mereka boleh mendapatkan tiket pada harga RM503, RM303, RM253 dan RM183. Manakala pada 15 Jun pula mereka akan mengadakan persembahan minum petang bermula jam 3.00 petang. Tiket-tiket boleh diperolehi dengan harga RM353,RM253, RM203, RM153 dan RM103.

Menurut Ramli Sarip selaku vokal kumpulan, pada kedua-dua persembahan itu nanti mereka akan cuba memberikan persembahan terbaik dan dijangka sebanyak 20 buah himpunan lagu-lagu bakal disampaikan. Sebelum menerima pelawaan Rasamusic menurut Ramli lagi, beliau telah menghubungi semua ahli kumpulan bagi memastikan mereka masih aktif bermain muzik. Ternyata semuanya masih aktif dan ini memberikan isyarat lampu hijau untuk kumpulan ini bersatu membuat persembahan.

Membuktikan kumpulan ini masih mantap, pada sidang media itu mereka telah membuat persembahan untuk menghiburkan rakan media dengan beberapa buah lagu hits mereka seperti Teratai, Kamelia, Zakiah dan Batu.

Bagi mereka yang berminat untuk menghadiri kedua-dua majlis tersebut bolehlah membuat tempahan menerusi talian 03-22875881/0136715588.

Tiket-tiket juga boleh dibeli menerusi Axcess Tickets Sdn Bhd ditalian 03-77115000 atau Booking online : www.axcess.com.my atau hubungi Rasamusic Sdn. Bhd – 03-77844471/016-9551609. Layarilah juga laman web www.sweetcharity.com.my untuk maklumat lanjut.

[tags]konsert ramli sarip, sweet charity, Father’s Day, Celebration, Sweet Charity, majlis hari bapa, pwtc, kl, kuala lumpur, teratai, beauty, canon camera museum, canon eos, canon model, digital slr, angkasawan, book, celine dion, concert, dr halina, dr sheikh, gambar terkini, larian obor, menara kl, minaq jinggo, muszaphar shukor, olympic beijing, pesta buku, pwtc, reaching the star, torch run, dslr, girl, lens, mm, nikon, sexy, slr d, sony alpha, telephoto, jikon, sufiah, yusoof, nabi[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Jue Aziz di Majlis Doa Selamat Drama Jangan Main Belakang

Pushing Daisies Premier Exclusive On 8TV