in ,

Pusat Kebudayaan & Kesenian Atatürk Kültür Merkezi Istanbul Kembali Dibuka

Pada 29 Oktober 2021, yang juga adalah tanggal ulang tahun ke-98 Hari Republik Turki, telah berlangsung pembukaan semula pintu Pusat Kebudayaan Atatürk di Istanbul kepada para peminat seni.

Dikenali oleh warga tempatan sebagai Atatürk Kültür Merkezi (atau singkatannya, AKM), bangunan kontemporari baharu Pusat ini dibina semula mengikut rekaan dahulunya yang ikonik.

Pusat Kebudayaan &Amp; Kesenian Atatürk Kültür Merkezi Istanbul Kembali Dibuka

AKM adalah salah satu pelaburan yang paling penting bagi Jejak Budaya Beyoglu – salah satu projek seni dan budaya yang terbesar di Turki setakat ini – yang juga terletak di bawah seliaan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki. Pusat ini juga menjadi titik permulaan laluan budaya tersebut, dan pembukaan semulanya juga sekaligus melancarkan Pesta Antarabangsa Jejak Budaya Beyoglu, yang turut dibangunkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki.

Pusat Kebudayaan &Amp; Kesenian Atatürk Kültür Merkezi Istanbul Kembali Dibuka

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki, Mehmet Nuri Ersoy, telah merasmikan Pusat Kebudayaan Atatürk Istanbul dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh para jemputan ternama merentasi pelbagai bidang seperti perniagaan, kesenian dan akademik, termasuk para wakil daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), serta ahli media tempatan dan antarabangsa. 

Mengambil masa selama 2.5 tahun untuk disiapkan dengan kos pembinaan sebanyak TL 2 bilion, AKM mengandungi sebuah Rumah Opera seluas 49,000 meter persegi dan dilengkapkan 2,040 tempat duduk serta ciri teknologi terkini. Selain itu, ia juga menampilkan Dewan Teater seluas 16,300 meter persegi serta lengkapan 802 tempat duduk, sebuah Galeri AKM berukuran 410 meter persegi dan juga sebuah Dewan Serbaguna.

Pusat Kebudayaan &Amp; Kesenian Atatürk Kültür Merkezi Istanbul Kembali Dibuka

Selain itu, AKM juga menawarkan sebuah ruang tertutup seluas 100,000 meter persegi, yang mengandungi prasarana seperti Galeri, Dewan Serbaguna, Pusat Seni Kanak-kanak, platform muzik, studio rakaman, dan perpustakaan yang dicipta sebagai pusat informasi bagi topik-topik khusus seperti muzik, seni, seni bina dan seni reka. Kompleks yang diubah suai ini juga memiliki Panggung Wayang Yesilcam AKM dan fasiliti lain seperti Kedai Rekaan, ruang raptai, bilik kajian muzik solo dan orkestra, restoran, kafeteria, kafe, bengkel, dan unit-unit pentadbiran dan teknikal. 

Pusat Kebudayaan &Amp; Kesenian Atatürk Kültür Merkezi Istanbul Kembali Dibuka

KESENIAN DI BEYOGLU

Istanbul, satu-satunya kota metropolis di dunia yang merentasi dua buah benua, dan menjadi penghubung antara tamadun, budaya dan ekonomi, telah melancarkan sebuah pesta antarabangsa yang menampilkan pelbagai tarikan seni dan budaya.

Dibangunkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Projek Jejak Budaya Beyoglu ini mengetengahkan nilai-nilai tarikan antarabangsa Istanbul serta tarikannya dari segi sejarah, seni bina, ekonomi dan pelancongan. Pesta Jejak Budaya Beyoglu ini dari 30 Oktober hingga 14 November 2021 dan bakal menyaksikan penglibatan lebih daripada seribu orang karyawan dari 60 buah lokasi. 

Berkedudukan strategik serta menghubungkan kedua-dua benua Eropah dan Asia, bandar Istanbul pernah menjadi ibu kota tiga buah empayar dan pengaruh sejarahnya terserlah dalam pelbagai aspek seperti agama, budaya, komuniti dan hasil karya sejak zaman prasejarah lagi. Dinobatkan sebagai Ibu Kota Budaya Eropah pada tahun 2010 oleh Majlis Eropah, Istanbul kini menjadi tuan rumah sebuah pesta antarabangsa berteraskan projek seni budaya terbesar Türkiye, iaitu Jejak Budaya Beyoglu.   

Pusat Kebudayaan &Amp; Kesenian Atatürk Kültür Merkezi Istanbul Kembali Dibuka

Jejak Budaya Beyoglu menampilkan Pusat Kebudayaan Atatürk yang baru dibina semula, dan juga Menara Galata, Panggung Atlas, Rumah Tumpangan Galata Mevlevi, Rumah Peringatan Mehmet Akif, dan Teater Budaya Tarık Zafer Tunaya, serta banyak lagi tarikan yang memiliki nilai-nilai sejarah, budaya dan seni bina yang telah dibaik pulih oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turki. Ia juga meliputi zon-zon pelaburan kebudayaan dan pelancongan seperti Galataport, Panggung Emek, dan Pentas Garibaldi.

Perjalanan dari AKM ke Galataport ini adalah satu simbol sebuah pengembaraan yang menarik melalui pelbagai zaman, seiring suasana seni bina, kesusasteraan, seni lukisan, muzik, seni reka dan teater daerah Beyoglu yang mempesona.

Pesta Jejak Budaya Beyoglu akan dianjurkan secara tahunan agar usaha ini dapat mempertingkatkan nilai jenama Istanbul – yang merupakan antara destinasi pelancongan utama di dunia – di peringkat antarabangsa.

Pusat Kebudayaan &Amp; Kesenian Atatürk Kültür Merkezi Istanbul Kembali Dibuka

Projek Seni dan Budaya Terbesar Türkiye

Mulai 30 Oktober hingga 14 November, Pesta Jejak Budaya Beyoglu bakal menampilkan konsert, pameran dan pelbagai acara lain. Pameran, konsert, persembahan opera dan teater, wacana dan bengkel juga akan turut diadakan buat segenap lapisan masyarakat di sekitar enam buah lokasi sepanjang laluan Pesta ini, dengan penglibatan lebih daripada seribu orang karyawan.

Sebagai projek seni dan budaya Türkiye yang terbesar, Pesta Jejak Budaya Beyoglu membawakan pelbagai cabang karya seni seperti seni klasik dan kontemporari, digital dan filem, muzik, tarian dan kesusasteraan. Para artis kontemporari dan golongan pelajar universiti akan turut diketengahkan bersama hasil karya seni khas untuk Pesta ini. Tidak ketinggalan juga adalah perhimpunan pelbagai nilai seni dan budaya kebangsaan Turki di acara ini. Atur cara lengkap program boleh didapati di http://www.beyoglukulturyolu.com 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adibah Noor | 15

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-8, Ramai Artis Legenda & Otai Bakal Beraksi

Najwa Latif Tudung | 16

The Jasmine Pilih Najwa Latif Untuk Kolaborasi Lancar Koleksi Tudung Terbaharu