in , ,

Senarai Peserta Gegar Vaganza Musim Ke-8, Ramai Artis Legenda & Otai Bakal Beraksi

Meskipun dalam norma baharu, namun program realiti popular, Gegar Vaganza tetap diteruskan dan kini kembali untuk musim yang kelapan (GV8). Gegar Vaganza 2021 telah membariskan 13 peserta berbanding kelaziman 12 dan 14 peserta dalam musim terdahulu.

Program realiti nombor satu tanah air, Gegar Vaganza (GV) terbitan Astro kembali dengan musim kelapan apabila menyaksikan 13 orang penyanyi hebat bertaraf legenda dan otai bakal beraksi dan bertanding bagi merebut gelaran juara.

Senarai 13 peserta Gegar Vaganza 2021 yang bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.

Mengejutkan para peminat, barisan peserta kali ini terdiri daripada ramai nama-nama ‘besar’ dan popular pada era masing-masing terdahulu.

Enam bintang solo lelaki yang memberi saingan kali ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).

Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang turut menyahut cabaran musim ini ialah Adibah Noor, Ani Mayuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

Musim ini turut menyaksikan penyertaan daripada anggota kumpulan lawak, Senario iaitu Saiful Apek dan Yassin. Turut memberi saingan kumpulan Nico sekali gus melengkap 13 penyertaan musim kali ini secara keseluruhan.

GV8 masih mengekalkan formal asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem per markah am 100 peratus barisan juri profesional.

Barisan juri tetap terdiri daripada maestro muzik tersohor, Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Seperti musim sebelum ini, tidak lengkap rasanya jika Gegar Vaganza tidak pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Mereka berdua berjanji untuk menghiburkan penonton pada setiap konsert.

Konsert mingguan GV8 akan mula bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam bermula 21 November 2021 dan dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria.

Juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawar Rashid Terharu Suami Hadiahkan Banglo Idaman Bernilai RM2 Juta

Pusat Kebudayaan & Kesenian Atatürk Kültür Merkezi Istanbul Kembali Dibuka