in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem SMALLFOOT

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini!  

Mahu hadir ke Tayangan Premiere SMALLFOOT – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, anda akan dapat menonton filem animasi komedi ini lebih awal iaitu pada 26 September 2018 (Hari Rabu) di TGV 1 Utama.

Filem yang ditunggu oleh peminat filem animasi, pasti tak sabar nak menonton filem yang dikatakan sangat menarik kerana sejumlah pelakon kelas A yang mengisi suara dalam filem ini ialah Channing Tatum sebagai Migo, James Corden sebagai Percy yang merupakan seorang pendaki gunung, Zendaya, Common sebagai Meeche, makhluk yeti itu sendiri, LeBron James, Gina Rodriguez, Danny DeVitu, Yara Shahidi, Ely Henry dan Jimmy Tatro.

SMALLFOOT

Filem SMALLFOOT menceritakan tentang Migo (Channing Tatum) yang merupakan seorang Yeti yang ingin membuktikan bahawa manusia, makhluk yang mereka lihat sebagai makhluk aneh berkaki kecil memang ada.

Dipendekkan cerita, alur filem ini berlatar belakangkan sebuah gunung ais yang terdapat haiwan besar yang berbulu putih yang digelar dengan Yeti. Masyarakat Yeti meyakini kewujudan smallfoot sekadar hanya legenda yang tidak benar yang biasanya digunakan sebagai cerita untuk menakut-nakuti anak kecil. Smallfott diceritakan berkaki kecil, bergigi putih dengan mata yang menyeramkan.

Salah satu Yeti yang bernama Migo secara tidak sengaja bertemu dengan manusia yang terlibat dengan satu kemalangan. Bagaimana kisah selanjutnya, sama-sama kita ikuti dengan menonton filem ini di pawagam.

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem SMALLFOOT arahan Karey KrikPatrick yang mempunyai jalan cerita yang sungguh menarik ini.

Filem SMALLFOOT akan ditayangkan di pawagam mulai 27 September 2018, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

SMALLFOOT

Peraduan Tayangan Premiere Filem SMALLFOOT

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 120 tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

26 September 2018 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

TGV 1 Utama

Sebanyak 120 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere SMALLFOOT – Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #SMALLFOOTMY

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #SMALLFOOTMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan pelakon yang memegang watak Migo dalam filem SMALLFOOT.
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem SMALLFOOT  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere SMALLFOOT – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

25 September 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 27 September 2018 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia  follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Filem HELL FEST

Betul Ke Lagu BOBO DIMANA Plagiat Lagu Roy Ricardo