in

Betul Ke Lagu BOBO DIMANA Plagiat Lagu Roy Ricardo

ROY RICARDO TAMPIL DALAM VIDEO REAKSI UNTUK MENJELASKAN ISU BOBO DIMANA YANG DINYANYIKAN OLEH LUCINTA LUNA, ALIFF SYUKRI DAN NURSAJAT.

Pada hari ini, Roy Ricardo, rapper dari Indonesia telah memuatnaik satu video reaksi yang membezakan lagu Semalam Sahur Dimana yang telah dinyanyikan oleh Andi Bernadee dan lagu Bobo Dimana yang telah dinyanyikan oleh Lucinta Luna, Dato’ Aliff Syukri dan Nursajat. Objektif video itu dimuatnaik adalah kerana Roy memberi reaksi kepada lagu Bobo Dimana yang telah meniru lagu Roy sendiri, Semalem Bobo Dimana yang telah dikeluarkan pada tahun 2014.

Seperti yang sedia maklum, Roy Ricardo pernah menjelaskan isu Andi Bernadee yang dikatakan telah menciplak lagunya dan menukar tajuk dan lirik Semalem Bobo Dimana kepada Semalam Sahur Dimana. Namun bagi Roy Ricardo, Andi tidak mencuri lagunya dan beliau tiada masalah dengan hal itu. Roy juga menjelaskan yang beliau telah memberi penjelasan kepada media-media di Malaysia sewaktu kunjungannya ke negara ini. Jelas Roy, Andi telah meminta izinnya untuk menggunakan lagu Semalem Bobo Dimana dan ditukarkan kepada Semalam Sahur Dimana.

Selepas menyatakan perkara Semalam Sahur Dimana itu, Roy menyatakan beliau telah menerima banyak Direct Message di laman Instagram beliau dari peminatnya yang meminta Roy untuk menjelaskan lagu Bobo Dimana yang telah dinyanyikan oleh Lucinta Luna, Dato’ Aliff Syukri dan Nursajat.

“Tolong kembalikan 30 saat bermakna saya yang telah disia-siakan! Kepada Lucinta Luna yang telah memakai jargon saya, tagline saya dan lagu saya, saya ingin menyatakan yang lagu ini adalah lagu saya. Tolong minta izin saya dahulu sebelum menggunakannya”. Jelas Roy Ricardo di dalam video reaksi itu.

Bagi Roy, menggunakan lagunya tidak menjadi masalah baginya. Wang juga bukan menjadi satu perkara besar baginya. Apa yang Roy mahukan adalah Lucinta Luna, Dato’ Aliff Syukri dan Nursajat meminta izin darinya dahulu sebelum menggunakan lagunya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem SMALLFOOT

GEGAR Mencari Bakat Nyanyian dari Pantai Timur