in

Pra Tonton Filem PILOT CAFE

Astro Shaw dan Tarantella Pictures akan mengadakan Sidang Media & Pratonton Filem “Pilot Cafe” yang diarahkan oleh Osman Ali dalam minggu ini di sebuah pawagam terkenal di Kuala Lumpur.

Filem yang membariskan pelakon handalan seperti Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa, Remy Ishak, Keith Foo, Datuk Eizlan Yusof dan ramai lagi akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada 30 April 2015.

Sinopsis
Pilot Café mengisahkan tentang kehidupan seorang juruterbang iaitu Ameer Reza (Fahrin Ahmad) yang mempunyai sikap suka berfoya-foya dan kemudiannya insaf setelah dia kehilangan orang tersayang. Ameer membuka sebuah café yang diberi nama Pilot Café.

Di situlah takdir menemukannya dengan seorang gadis kampung, Maya (Izara Aishah) yang ketika itu sedang diburu oleh bapa ayam. Ameer mengambil keputusan untuk membantu Maya dengan harapan dia dapat menebus kekhilafan lalu. Niat yang mulanya hanya ingin membantu akhirnya berubah menjadi sebuah cinta.

Di saat bahagia mula terukir, wanita yang Ameer cintai, Sharmila (Neelofa) muncul bersama seorang anak kecil. Ameer mula dihimpit rasa bersalah. Sementara itu, teman lelaki Maya, Rashid (Remy Ishak) kembali menuntut haknya ke atas Maya. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Mampukah Ameer Reza mengecapi kebahagiaan atau dia sememangnya tidak layak merasai cinta atas hukuman dari dosa-dosa silamnya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misteri Pembunuhan Dalam Telemovie JALAN PINTAS di TV2

Kemuncak Anugerah Tribute P.Ramlee 2014