in ,

Misteri Pembunuhan Dalam Telemovie JALAN PINTAS di TV2

Mengisi slot Pilihan Jumaat pada 24 April ini, pukul 2.00 petang di TV2, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie menarik lakonan Amran Ismail, ArSman Graseka, Farid Amirul dan Wan Nor Azlin yang membongkar misteri pembunuhan seorang lelaki tidak dikenali.

Plot kisah bermula dengan watak bernama Halim adalah seorang ahli perniagaan yang sibuk. Hari-harinya dipenuhi dengan mesyuarat yang perlu dihadirinya dari satu daerah yang lain. Minggu tersebut sahaja dua mesyuarat yang terpaksa dia hadiri dan kedudukannya pula adalah 300km jauh dari tempat tinggalnya.

Kali ini buat pertama kalinya dia telah pergi ke sebuah pekan kecil yang tidak pernah dia kunjungi sebelum ini. Namun atas nasihat rakan perniagaanya, dia telah melaui sebuah jalan pintas yang sepatutnya membawanya ke arah yang betul untuk pulang.

Malangnya dia telah tersalah masuk dan telah memasuki sebuah jalan kecil yang membawanya ke sebuah ladang getah. Ketika ini dia sedar dia telah tersesat jalan. Dia cuba untuk menggunakan telefon bimbitnya untuk menghubungi kawanya tetapi gagal keran tidak ada liputan di kawasan tersebut.

Oleh kerana hari sudah gelap, dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan daripa sebuah banglo usang yang dilihatnya terdapat di situ. Dia bergerak ke arah bangle dan terdengar suara orang menjerit dari arah rumah. Kemudian jeritan yang didengar itu tiba-tiba hilang.

Perlahan dia bergerak ke arah rumah tersebut. Dari arah tingkap dia ternampak seorang lelaki sedang mengheret mayat berlumuran dara untuk dibawa ke satu tempat yang dia tidak ketahui.

Halim terkejut ketika melangkah untuk berundur dia terlanggar sebuah tin kosong yang mengeluakan bunyi yang menyebabkan lelaki terhenti dan menoleh. Halim sedar yang dia telah menyaksikan satu pembunuhan, dia berlari semula ke arah keretanya untuk melarikan diri.

Dia memasuki kereta dan mengambil telefon. Dia cuba membuat panggilan, tapi kepalanya diketuk dan terus pengsan.

Bila dia tersedar, dia telah diikiat di satu sudut, seorang lelaki berdiri di hadapannya. Dia cuba memberitahu lelaki tersebut yang dia telah tersesat dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan merayu agar dia dilepaskan. Namun lelaki bernama itu Saad tidak peduli. Dia telah berada ditempat dan waktu yang salah menyebabkan dia harus dibunuh.

Kini halim sedar dia berhadapan dengan maut dan harus mencrai jalan untuk menyelamatkan diri.

Pada masa yang sama isteri Halim mula merasakn sesuatu yang tidak kena apabila suaminya tidak pulang dan menelefon polis untuk melaporkan kehilangan suaminya.

Persoalannya siapakah Saad dan kenapa dia melakukan pembunuhan tersebut?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Years of Living Dangerously

Pra Tonton Filem PILOT CAFE