in , ,

Polis Panggil Ahli keluarga Norman Hakim Didakwa Langgar SOP Melakukan Ziarah Hari Raya

Susulan foto menyambut Aidilfitri bersama-sama, kesemua ahli keluarga Norman Hakim akan dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu melakukan ziarah hari raya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, satu laporan polis juga telah diterima berkaitan isu tersebut yang disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Kejadian disyaki berlangsung di kediaman selebriti yang terletak di Hulu Kelang, Ampang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

NORMAN HAKIM

Mohamad Farouk berkata, terdapat lebih kurang 13 individu yang disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.

Jelasnya, majlis tersebut dijalankan tanpa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak MKN iaitu program ziarah hari raya memandangkan aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

“Kes masih dalam siasatan dan kita akan memanggil semua terlibat untuk memberikan keterangan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih lagi dalam peringkat siasatan. 

NORMAN HAKIM

Ziarah Aidilfitri: Polis panggil semua ahli keluarga Norman Hakim

Polis akan mengambil keterangan semua ahli keluarga pelakon lelaki, Norman Hakim yang didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamed Farouk Esha berkata, tindakan itu diambil setelah pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan pelanggaran SOP tersebut.

Menurut beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah mengesan satu gambar keluarga selebriti yang tular di laman sosial dan portal hari ini.

“Gambar berkenaan menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung di kediaman selebriti terbabit yang terletak di Hulu Klang, Ampang, Selangor.

“Terdapat lebih kurang 13 individu disyaki satu keluarga yang dipaparkan dalam gambar berkenaan.

“Majlis tersebut dijalankan tanpa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara iaitu ziarah hari raya dan aktiviti berkenaan adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Farouk berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan polis akan memanggil semua yang terlibat untuk memberikan keterangan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Dalam pada itu, beliau berkata, bermula Januari tahun ini sehingga semalam sebanyak 599 kompaun telah dikeluarkan dengan sejumlah 16 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan melanggar perintah dan syarat SOP.

“Pihak polis meminta orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih lagi dalam peringkat siasatan. Saya juga ingin menyeru orang ramai supaya mematuhi arahan dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dari masa ke semasa,” ujarnya.

Semalam media melaporkan pelakon, Norman Hakim memuat naik gambar seisi keluarga bersama bekas isteri telah mengundang persoalan netizen tentang SOP kerajaan yang tidak membenarkan sesi ziarah ketika Aidilfitri.

Berdasarkan satu hantaran foto pelakon itu dalam Instagramnya, kelihatan Norman bersama isteri, Memey Suhaiza dan anak-anak bergambar bersama keluarga bekas isterinya iaitu penyanyi dan juga pelakon, Abby Abadi. – MalaysiaGazette

Neelofa Didakwa Langgar SOP Aidilfitri

Selebriti popular, Neelofa mencetuskan kontroversi lagi apabila dia didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama lebih 10 ahli keluarganya di sebuah kediaman di Ampang pada 13 Mei lalu.

Kontroversi itu mula bertebaran selepas kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik  sebuah video di dalam laman Twitter.

neelofa

Video berdurasi 27 saat tersebut terus dikongsi netizen sejak tengah hari tadi dan tular. Menerusi video dengan kapsyen `1 Syawal yang penuh mulia’ tersebut kelihatan  ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan  bersalaman satu sama lain.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, memutuskan umat Islam tidak dibenarkan kunjung-mengunjung pada Hari Raya Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Keputusan tersebut juga telah menyebabkan, isteri kepada seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Putrajaya dikenakan kompaun RM2,000 kerana menghantar juadah untuk suami yang bertugas dalam daerah sama.

Sebelum ini, Neelofa pernah mencetuskan kontroversi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cartoon Network Menyajikan ‘KERIANGAN KEJU’ Bersama Tom & Jerry

2 Maut & Lebih 160 Cedera Tempat Duduk di Rumah Ibadat Yahudi Runtuh