in , ,

Peraduan Premiere With Budiey – Filem PATRIOT’S DAY

Selepas BASTILLE DAY… ni haaa… Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan pula Premiere With Budiey menonton sebuah filem berdasarkan kejadian sebenar berjudul PATRIOT’S DAY.

Jadi, di sini, Budiey nak mengajak anda semua menonton sebuah filem yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

PATRIOT'S DAY

[dropcap]K[/dropcap]alau nak tahu, filem arahan Peter Berg (yang sebelum ini mengarah filem Deepwater Horizon, Lone Survivor dan Battleship) ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 12 Januari 2017.

[pullquote align=”right”]Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh dengan babak emosi ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?[/pullquote]

Jadi, jangan berlengah lagi ya untuk menonton filem ini nanti. Filem ini dilakonkan oleh Mark Wahlberg (Deepwater Horizon, Transformers: Age of Extinction), Michelle Monaghan (Eagle Eye, Source Code), JK Simmons (Whiplash, Terminator Genisys), Kevin Bacon (X-men: First Class, Footloose) dan ramai lagi la.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer PATRIOT’S DAY yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem yang mengajak anda meniti detik cemas yang mendebarkan pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Sinopsis Filem PATRIOT’S DAY

An account of Boston Police Commissioner Ed Davis’s actions in the events leading up to the 2013 Boston Marathon bombing and the aftermath, which includes the city-wide manhunt to find the terrorists behind it.

Peraduan Tayangan Premiere Filem PATRIOT’S DAY

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 80 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
10 Januari 2017 (Selasa)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
8.45 malam

Tempat:
TGV Cinemas One Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere PATRIOT’S DAY – Budiey.com di TGV Cinemas One Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #PatriotsDayMovieMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #PatriotsDayMovieMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.


Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon utama filem PATRIOT’S DAY

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere PATRIOT’S DAY – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere PATRIOT’S DAY

Tarikh tutup peraduan:

9 Januari 2017 (Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 12 Januari 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures : www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Korang Boleh Tonton di Sambutan Tahun Baru 2017

The New Season is here, Here Are The Seven LIP SYNC BATTLE Moments To Remember