in ,

Penyanyi Terkenal Zaman 90an Hasnol Disyaki Menghidap Tibi Atau Kanser

Penyanyi terkenal zaman 90an, Hasnol Hassan Ariff, 53, yang sedang dirawat di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sejak Isnin lalu, disyaki menghidap penyakit tibi atau kanser.

Hasnol mendedahkan bahawa hasil ujian x-ray menunjukkan adanya ‘parut’ bersaiz suku daripada paru-parunya yang terkesan, walaupun ia kini sedang mengecut.

“Doktor syak saya menghidap tibi atau kanser. Mereka juga ingin memastikan keadaan fungsi buah pinggang dan hati saya kerana setakat ini, ia tidak berfungsi sepenuhnya seperti biasa,”

– Hasnol

Penyanyi yang dikenali dengan lagu popularnya, “Laguku Untukmu”, juga sedang menanti prosedur pengambilan spesimen dari paru-parunya yang dijadualkan esok.

“Esok, doktor akan mengambil spesimen untuk diuji. Dari situ, kita akan dapat mengetahui laporan penuh dan apa sebenarnya penyakit yang saya alami. Saya berdoa agar semuanya membawa keputusan yang baik,”

– Hasnol
Penyanyi Terkenal Zaman 90an Hasnol Disyaki Menghidap Tibi Atau Kanser

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang telah memberikan sumbangan kepadanya. Sumbangan itu disampaikan oleh Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, yang turut melawatnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Karyawan dan Datuk Freddie atas sumbangan ini. Juga kepada rakan-rakan yang sudi menyalurkan sumbangan,”

“Kami berusaha untuk mengumpul dana bagi tabung persatuan. Bulan hadapan, kami akan mengadakan pertandingan golf amal untuk selebriti. Kami berharap dapat mengumpulkan sumbangan untuk membantu artis yang memerlukan.

Keadaan kesihatan mereka semakin terjejas seiring dengan peningkatan usia, dan kami ingin terus memberikan sokongan,”

– Hasnol

Datuk Freddie Fernandez pula menyatakan bahawa bantuan yang diberikan oleh Karyawan kepada golongan artis yang memerlukan akan diteruskan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAMDAN SENARIO

Hamdan Senario Ditidurkan Selepas Jangkitan Kuman Dalam Darah

Eksklusif Bersama Bella Dowanna, Lutut Koyak Terpaksa Dibedah