in , ,

Penyanyi Raja Gelek Malaysia Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

Berita kematian M Daud Kilau ini disampaikan oleh anaknya, Ahmad Zain kepada Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT).

Berita itu disahkan oleh anak lelakinya iaitu Ahmad Zaini Mohd Daud, 52, yang memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu.

Kesihatan M Daud Kilau dikatakan tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu.

Penyanyi Raja Gelek Malaysia Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

“Ayah saya memang ada penyakit diabetes darah tinggi dan jantung. Dia dimasukkan k hospital baru-baru ini sebab kesihatannya tidak stabil.

– Ahmad Zaini Mohd Daud

Kesihatan M Daud Kilau dikatakan tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu.

“Sejak tiga hari lalu keadaannya semakin teruk dan asyik meracau. Masalah kencing manis juga semakin merebak,” 

– Ahmad Zaini Mohd Daud

Tambah Zaini, doktor sepatutnya mahu melakukan pembedahan memotong kedua-dua kaki namun tidak dapat dilakukan kerana tekanan darah tidak stabil.

Sepatutnya hari ini (Isnin) nak potong kedua- dua belah kaki sebab masalah diabetes. Tapi apabila doktor bius periksa, ia tidak boleh dilakukan sebab tekanan darah tidak stabil.

“Ini kali ketiga pembedahan ditangguhkan sebab masalah sama,”

– Ahmad Zaini Mohd Daud

Terdahulu, menerusi temubual sebelum ini Allahyarham mengakui tidak sihat, kebas kaki dan tangan, namun menganggap ia sekadar sakit orang tua.

Pernah juga tular mesej mengatakan penyanyi lagu Cek Mek Molek ini meninggal dunia pada Julai lalu namun segera dinafikan oleh pihaknya.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datuk, Perak selepas solat Zohor, Selasa.

Penyanyi Raja Gelek Malaysia Datuk M Daud Kilau Meninggal Dunia

M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau dilahirkan pada 10 Julai 1938 dan mula aktif dalam bidang seni pada tahun 1968 selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura.

Allahyarham cukup sinonim dengan gelaran Raja Gelek dan popular menerusi lagu-lagu seperti Gila Judi, Biar Papa Asal Bergaya serta Cek Mek Molek.

Kali terakhir arwah merakamkan single adalah bersama penyanyi Ezlynn menerusi lagu Pening pada tahun 2003.

Penyanyi ini pernah menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) tiga tahun lalu.

Allahyarham meninggal balu iaitu Datin Rohani Awang Ngah dan seorang anak.

Sebelum ini, berita palsu kononnya bintang veteran itu meninggal dunia sudah beberapa kali terjadi antara Januari 2016 dan September 2022, kedua-duanya adalah sewaktu beliau dimasukkan ke wad Hospital Teluk Intan kerana mengadu sukar membuang air kecil dan alami paru-paru berair.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirPods 4 Mungkin Bawa Reka Bentuk Baharu Dengan USB-C & ANC

Rupanya Ini Sebab Lagu BUDI Tak Dapat Masuk Bertanding di SFMM 38