in , ,

Salam Takziah, Pelawak Terkenal Hamid Gurkha Meninggal Dunia

Pelawak legenda, Hamid Gurkha, menghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, jam 2.19 petang tadi.

Memetik BH Online, berita duka itu disahkan oleh anak bongsunya, Nor Ashita Hamid.

“Kami reda atas pemergian arwah. Allah lebih menyayangi arwah selepas enam hari dimasukkan ke hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Ashita berkata jenazah bapanya masih berada di hospital untuk melalui beberapa prosedur namun tidak dapat pastikan bila akan dikebumikan.

“Saya dan adik-beradik tak dapat menjangkakan bila pengebumian akan dilaksanakan. Mungkin hari ini atau esok, tetapi kami berharap urusan pengebumian dapat dipercepatkan,” katanya.

Khamis lalu, arwah Hamid Gurkha dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami batuk teruk.

Hamid mendirikan rumah tangga dengan Timah Abdul Hamid, 80 tahun pada April 1957. Pasangan itu dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vokalis Denden Gonjalez Lulus Di Konsert Search Rockin’ On Rooftop 

HAZAMA

Kmy Kmo, Luca Sickta Pilih Hazama Untuk Kolaborasi Lagu MAKUTA