in , ,

Oppo A79 5G Kini Rasmi di Malaysia, Ada Peluang Dapat Percuma

Oppo A79 5Gdengan rekaan berbulu kini rasmi di Malaysia, ada peluang dapatkannya percuma

Oppo Malaysia telah memperkenalkan sebuah telefon pintar dalam siri A iaitu Oppo A79 5G. Ia berada dalam kelas pertengahan dan menampilkan rekaan panel belakang premium seakan bulu berkilau, serta ada kapasiti bateri sebesar 5,000mAh.

Oppo A79 5G Kini Rasmi di Malaysia, Ada Peluang Dapat Percuma

Harga & Ketersediaan

Oppo A79 tersedia dalam satu varian untuk pasaran Malaysia. Harga rasminya adalah seperti berikut:

Oppo A79 5G (RAM 8GB dan storan 256GB) – RM1,199

Bagi sesiapa yang berminat, Oppo A79 telah mula dijual atas talian bermula 11 November 2023 dan ia boleh didapati di stor rasmi Oppo dalam talian, serta gedung rasmi Oppo di Lazada dan Shopee. Untuk kedai fizikal Oppo Brand Store dan semua pengedar sah Oppo, ia akan tersedia bermula 16 November 2023.

Oppo A79 5G Kini Rasmi di Malaysia, Ada Peluang Dapat Percuma

Menangi Oppo A79 secara percuma

Sempena pelancaran ini juga, Oppo mengadakan “Peraduan Sertai dan Menang” untuk membolehkan orang ramai berpeluang memenangi Oppo A79 secara percuma. Peraduan berjalan selama enam hari dari 10 hingga 15 November 2023.

Untuk sertai, berikut adalah caranya:

Langkah 1: Layari hantaran kempen di laman rasmi Oppo Malaysia di Facebook semasa tempoh kempen sedang berjalan dari 10-15 November 2023

Lankah 2: Teka jawapan betul bagi semua hantaran yang berkaitan

Langkah 3: Komen jawapan anda dengan hashtag #OPPOA79_5G #AvolusiKualitiUntukSemua.

Hanya seorang pemenang akan dipilih dan pemenang akan diumumkan di dalam komen hantaran kempen sebelum 24 November 2023. Untuk ketahui lebih lanjut terma dan syaratnya, anda boleh layari di sini.

Oppo A79 5G Kini Rasmi di Malaysia, Ada Peluang Dapat Percuma

Spesifikasi Oppo A79

Oppo A79 tampil dengan rekaan panel belakang yang premium. Ia menggunakan kemasan seakan bulu berkilau, dan menawarkan tekstur unik seperti bulu apabila memeganya. Panel belakangnya juga akan ada kesan istimewa apabila terkena cahaya pada sudut tertentu. Badannya juga ada sisi rata yang nipis berukuran 8.04mm dan berat 193 gram.

Ia menggunakan skrin LCD 6.72 inci dengan resolusi HD Penuh, serta menyokong kecerahan puncak pada 680 nits bersama kadar penyegaran sehingga 90Hz dan kadar sentuh 180Hz. Paparannya juga memiliki cakupan warna gamut DCI-P3 100%. Semua komponen skrin itu dilindungi oleh kaca Panda.

Oppo A79 5G Kini Rasmi di Malaysia, Ada Peluang Dapat Percuma

Ia dikuasakan oleh SoC MediaTek Dimensity 6020, bermakna ia menyokong rangkaian 5G. Cip tersebut digandingkan bersama RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 2.2 seluas 256GB. Jika RAM tidak mencukupi, ia boleh diperluas lagi 8GB dengan RAM maya yang menggunakan sebahagian ruang dari storan. Ia juga menerima slot kad MikroSD untuk tambahan storan.

Sistem pengimejannya dipacu oleh kamera utama 50MP f/1.8 dan kamera potret 2MP f/2.4. Bahagian depan terdapat lubang kamera 8MP untuk keperluan selfie, yang diletakkan di tengah-tengah atas skrin.

Menyalurkan tenaga kepada telefon adalah dari bateri berkapasiti 5,000mAh, dan ia menyokong pengecasan SuperVOOC 33W. Oppo mendakwa ia mampu mengecas penuh dalam masa 74 minit. Ia menyokong Bluetooth 5.3, NFC, jek audio

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AINA ABDUL

Aina Abdul Berhabis Lebih Setengah Juta Untuk Mikrofon & Busana

Qisya Hairulzain Gementar Bawa Watak Kanak-Kanak Pekak Dalam Filem MagiK