in

Sekarang Dah Ada Cara Mudah Nak Hantar OLEOLE

“OLEOLE” merupakan perkhidmatan terkini bagi pemberian e-bingkisan daripada Celcom Axiata Berhad kepada pengguna. Kini pengguna boleh menikmati cara yang paling mudah dan pantas untuk membeli dan memberi hadiah digital daripada rangkaian jenama popular FashionValet, Lazada, Melissa, Something Borrowed, Z Gold Mol Points, Zalia dan Zalora pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

OLEOLE

 e-Bingkisan Yang Pertama Hanya Di Hujung Jari, Dibawakan Oleh Celcom

Melalui kerjasama dengan WOGI (World of Gifts), OleOle menyediakan bingkisan dalam bentuk e-baucar daripada pelbagai jenama yang merangkumi fesyen dan pakaian, permainan mudah alih, perkhidmatan berkaitan kesihatan dan kecantikan, gedung membeli-belah serta pek nilai tambah Internet (Add-Ons) bagi pascabayar dan prabayar Celcom, Video Walla, Music Walla dan banyak lagi.

Pengguna boleh segera membeli e-bingkisan daripada OleOle sebagai pemberian kepada pengguna Celcom yang lain. e-bingkisan tersebut pula boleh terus ditebus untuk membeli barangan daripada rakan eksklusif Celcom, secara atas talian atau melalui aplikasi mudah alih. Jenama seperti FAVE, TaoBao, Klook dan lain-lain akan turut ditawarkan di OleOle tidak lama lagi.

Bermula hari ini hingga 29 Oktober 2017, Celcom akan menawarkan e-bingkisan yang berjumlah lebih daripada RM20, 000 secara PERCUMA setiap hari. Seramai 50 pengguna terawal yang membeli e-bingkisan dan menghantarnya kepada rakan dan keluarga berpeluang memenangi e-bingkisan PERCUMA bernilai sehingga RM1,000 setiap hari.

OLEOLE

Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad berkata “Ole-Ole adalah penambahan terkini kepada barisan perkhidmatan digital yang sedia ada daripada Celcom, dan ia membolehkan pemberian hadiah dengan kaedah yang meriangkan, pantas dan lancar.

“E-bingkisan tidak pernah semudah ini, di mana kini pengguna boleh terus membeli dan menghadiahkan kepada teman dan keluarga dengan begitu pantas melalui peranti mudah alih mereka. Dengan begitu banyak hadiah untuk dipilih daripada pelbagai barangan berjenama popular, OleOle pastinya pilihan yang sempurna untuk mereka yang bermurah hati untuk membuat kejutan kepada yang tersayang,” kata beliau.

OleOle kini boleh didapati melalui aplikasi pascabayar MyCelcom dan juga prabayar Xpax. Untuk mula berkongsi e-bingkisan, anda hanya perlu memilih hadiah yang disukai dengan nilai RM10, RM20, RM30, RM50 atau RM100.

Kesemua transaksi dan caj perkhidmatan akan dikenakan kepada akaun pascabayar pelanggan atau ditolak terus daripada kredit prabayar mereka. Perkhidmatan e-bingkisan OleOle disediakan untuk kesemua pelanggan Celcom dan akan diperluaskan lagi kepada pengguna yang menggunakan khidmat talian lain.

Pelancaran OleOle berlangsung di Restoran Duddha, KLCC serta dihadiri oleh pihak pengurusan Celcom berserta rakan eksklusif, ikon fesyen tempatan, tokoh terkemuka serta penulis blog.

Untuk maklumat lanjut berkenaan OleOle Celcom, layari www.celcom.com.my atau www.xpax.com.my.

OLEOLE

OLEOLE

OLEOLE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Tokyo Ghoul Kini di Pawagam

Filem JEJAK WARRIORS Tema Persaudaraan Dalam Bola Sepak Di TV2